ADIDAS melebarkan sayapnya apabila membuka kedai terbesar jenama itu di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terletak di tingkat empat pusat beli-belah itu, kedai tersebut yang berkeluasan 0.44 hektar menawarkan rangkaian produk Adidas merangkumi karya kolaboratif siri Yeezy dan Pharrell Williams.

Dalam menyesuaikan dengan identiti tempatan, Adidas melantik dua selebriti tempatan iaitu Jun Ong dan Jaemy Choong.

Kedua-dua mereka diberi ruang kreatif untuk mengekspresikan fesyen melalui hiasan dalaman dan luaran dengan sentuhan Malaysia.

Jun antara lain memilih satu simbol kebangsaan Malaysia iaitu wau bulan pada logo Adidas Trefoil sementara Jaemy yang merupakan seorang pereka grafik menggunakan motif batik.

Iklan

Pengurus Adidas Malaysia, Philip Ho berkata, pembukaan stor Adidas di Pavilion sejajar dengan misi mereka untuk menjadi jenama pakaian sukan yang paling berpengaruh di negara ini.

“Kami berharap para pembeli dapat merasakan keunikan jenama ini ketika mereka mengunjungi kedai kami yang turut memaparkan budaya tempatan dan berskala global,“ katanya.

Iklan

Penulis: Mazlina Abdul Majid.