BERITA baik buat anda yang gemar berkunjung ke IKEA.

Tak kisahlah yang suka membeli-belah di sini ataupun sekadar cuci mata sahaja, pusat beli-belah itu kini sedang menjalankan promosi hebat. Apa yang SinarPlus boleh katakan, ia murah dan berbaloi!

Bermula pada 4 November lalu, IKEA menawarkan beberapa item yang menarik untuk dimiliki.

Jangan risau, anda masih tak terlewat lagi kerana tawaran hanya akan berakhir pada 9 November ini. Kira sempatlah kan?

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Kepada anda yang mahu mendapatkan meja TORALD, eksklusif buat ahli IKEA Famili, anda boleh milikinya dengan harga RM75 berbanding harga asal RM99. Ia terhad kepada dua unit untuk setiap pelanggan sahaja.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, gedung beli-belah itu  juga akan ‘menggegar’ sekali lagi pada 10 hingga 28 November ini lagi.

Pemberian diskaun tambahan sebanyak 10 peratus bagi pembelian barangan kelengkapan rumah.

Tawaran hebat itu juga terbuka kepada ahli dan pembelian perlu dilakukan di gedung IKEA berdekatan anda.

Bagi anda yang berbelanja hingga RM1,000, pihak IKEA menawarkan diskaun 50 peratus untuk penghantaran melalui trak.

Menarik bukan? Tunggu apa lagi? Peluang begitu bukan datang selalu. Justeru, kepada anda yang teringin menukar wajah dalam kediaman anda, inilah masa terbaik.

Jika anda berkunjung ke IKEA Damansara, almari pakaian dua pintu KLEPPSTAD dijual pada harga RM359 sahaja!

Jangan lupa untuk mengimbas kad IKEA Family untuk memperoleh diskaun istimewa.

PEMBUKAAN KEDAI KRISMAS

Selain itu, tidak terlalu awal untuk mula menghias dan menyegarkan rumah bagi meraikan sambutan Krismas.

Terokai koleksi bermusim VINTERFINT dan pencahayaan STRALA menerusi pembukaan Kedai Krismas.

Segala yang anda perlukan untuk Krismas ada di IKEA termasuklah, hiasan krismas, hadiah dan aksesori, barangan memasak dan sebagainya, semuanya ada.

Baca lagi‘Ibu ibu, adik datang ni.’ Gelagat Nufail mengesot masuk bilik sambil cari ibunya yang koma bikin warga maya sebak!

Antara yang mencuri pandangan SinarPlus ialah mangkuk VINTERFINT yang cuma berharga RM59.

Iklan

Terdapat juga barangan lain berupa alas kaki, kertas pembalut hadiah, lampu dan banyak lagi.

Sementara itu, promo Istimewa Hari Rabu pada bulan ini membawakan sajian istimewa dari Timur Tengah pada setiap hari Rabu, 2, 9, 16, 23 dan 30 November ini.

Antara menu tersebut ialah Kabsa Kambing dengan Nasi Arab pada harga RM19.90 dan Paha Ayam dengan Nasi Arab dengan harga RM15.90. Murahkan?

Bagi anda yang tiada masa ke IKEA, ada cara lebih mudah dan mampu milik untuk beli-belah.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

IKEA berbesar hati memberi perkhidmatan menerusi Klik & Ambil secara percuma dari 19 Oktober lalu hingga 9 November ini.

Pemegang kad IKEA Family juga berpeluang menikmati promosi istimewa khas di IPC bermula sekarang hingga 31 Januari 2023.

Iklan

IKEA turut menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memudahkan hidup anda.

Sama ada bantuan pemasangan, atau penghantaran, pilihan pembiayaan, semakan harga penghantaran dalam talian, perkhidmatan perancangan dalam talian dan banyak lagi semuanya diberi.

Pendek kata, anda berpeluang menikmati lebih banyak penjimatan kalau membuat pembelian di sana. Lebih-lebih kalau menjadi ahli.

Tunggu apa lagi, jom ke gedung IKEA Damansara dan Cheras sekarang!

Kalau tak larat atau tak mahu bersesak-sesak, beli sahaja secara online. Selamat berbelanja!

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi