'Daddy dengan mummy tiga patah je borak...' Alyah luah rasa cemburu, dedah Tok Ram lebih banyak berbual dengan anak
KALAU bercakap mengenai Datuk Ramli Mohd Salleh, seorang pemuzik terkenal Malaysia yang mempunyai perwatakan serius dan tegas dalam pekerjaannya.
Mesra dengan panggilan Tok Ram, sememangnya beliau seorang yang jarang tersenyum dan banyak cakap, namun siapa sangka disebalik ketegasan itu tersimpan jiwa seorang ayah yang penyayang.
Menerusi satu video dimuat naik isterinya, Datin Alyah, Tok Ram dilihat begitu asyik melayan anak angkatnya Nur Izzara berbual.
“Nak susu? Nak makan apa besok ?
“Burger, mana boleh makan burger," tambah Tok Ram.
Pelantun lagu Kisah hati juga sempat mengusik mengatakan suaminya itu jarang berbual dengannya di rumah, tetapi lain pula dengan puteri kesayangan mereka.
“Peramah dua beranak ni, daddy dengan mummy tiga patah je sehari borak,’ ujarnya dengan nada bergurau.
Gelagat Tok Ram melayan bayi comel itu telah mendapat perhatian peminat, rata-rata memuji sikap bekas pengetua Akademi Fantasia itu pandai melayan anak kecil.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang