'Pakai tudung esok lusa bukalah tu...' Ozylynn dedah lama simpan niat berhijab, tunai haji pembuka jalan

No Image Caption
A
A
A

PENAMPILAN pelakon Ozylynn Wati berhijab sejurus selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji mendapat reaksi positif daripada peminat dan warga maya.

Pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail itu sebelum ini pernah berkongsikan hantaran berhijab bersama sepersalinan baju merah jambu ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Meletop.

Dalam usaha mengubah penampilan diri, Ozylynn mengakui sering dibayangi kata-kata negatif bahawa imej berhijab hanyalah bersifat sementara sahaja.

Bagaimanapun Ozylynn berkata, beliau sering memuji pembantu peribadinya yang kelihatan cantik ketika mengenakan tudung semasa menghadiri kelas agama.

Naluri untuk bertudung semakin kuat apabila pelakon drama 'Presiden Kampung Morten' dan suaminya menerima jemputan menunaikan haji oleh Kementerian Media Arab Saudi pada musim haji yang lalu.

"Bila tengok pembantu peribadi pergi kelas agama, dia pakai tudung saya kata comelnya, jadi saya kata jom pakai tudung.

"Seminggu sebelum nak menunaikan haji, saya rasa dah bersedia, tapi betul ke? kalau dah pakai tak boleh buka semula.

"Betullah, siapa nak pakai tudung buka semula,' tambahnya.

Dalam pada itu, Ozylynn turut mengagumi kebesaran YANG MAHA ESA atas rezeki jemputan menunaikan haji serta hidayah-NYA untuk tampil imej berhijab.

Isteri kepada Johan Raja Lawak itu menasihatkan untuk sentiasa bersangka baik kepada orang sekeliling dan meminta peminatnya mengabaikan kata negatif netizen.

Untuk rekod, Ozylynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada tahun 2003.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Baca juga: Cantik dan berseri-seri! Ozlynn tampil manis berhijab usai tunai haji jadi perhatian warga maya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang