Anim Ezati hilang sabar, dakwa bekas suami 'brainwash' anak, takut berbaik dengan bapa tiri. 'Jangan jadi toksik...'

No Image Caption
A
A
A

UNTUK melaksanakan co-parenting tidak semudah yang disangka. Itu yang dialami pengacara dan personaliti TV3 iaitu Anim Ezati.

Hilang sabar dengan bekas suami, Anim mendakwa lelaki itu telah meracun fikiran anaknya, Yara Alanna Khalsom hingga puterinya takut untuk berbaik dengan bapa tirinya, Ariff.

Menerusi perkongsian di TikTok, Anim mendakwa bekas suami beliau, Fadli seakan tidak suka melihat kemesraan yang terjalin antara si kecil Yara dan dan suami baharunya.

Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki juga yang sepakat untuk menghantar anak perempuan, Yara kepada Fadli pada cuti hujung minggu kecewa lelaki itu mengugut jika anaknya melakukan aktiviti bersama bapa tiri.

No Image Caption

"Setiap minggu aku akan bagi anak aku dekat bapa dia dan bapa dia akan ambil dia. Inilah cerita bila kita dah bercerai-berai dan kita memilih untuk menjaga anak bersama-sama, kononnyalah.

"Tapi kalau kau dapat ‘ex’ yang tak beri kerjasama, benda-benda macam ini akan terjadi.

"Kepada kau (bekas suami), aku paling tak suka bila kau cuba jadikan anak toksik dan berfikir seperti kau.

Artikel berkaitan:

Sampaikan dia (anak) takut nak berbaik dengan ayah tiri dia sebab kau dah ‘brainwash’ dia. Sebab kau cakap kalau anak baik dengan ayah tiri dia, segala ‘benefit’ yang kau bagi pada setiap hujung minggu akan ditarik balik.

"Kau kata kalau kau nampak video anak bermesra dengan ayah tiri dia, kau tak nak bagi dia main ‘ice skating’, tak nak belikan dia mainan dah. Kau tak malu ke buat macam itu kepada budak?," luahnya.

No Image Caption

Jelas hos Malaysia Hari Ini itu, beliau terpaksa memuat naik video di laman sosial kerana tiada cara lain untuk memberitahu bekas suami berhubung perkara tersebut.

Tambah Anim, dia sudah lama menyekat nombor bekas suami demi kesihatan mentalnya.

"Maaf video ini agak personal tetapi aku dah tak ada cara nak ‘reach’ dengan bekas suami. Kami dah ‘block’ satu sama lain sebab itulah yang terbaik untuk kesihatan mental aku dan perkahwinan aku yang sekarang.

"Dia hanya ‘contact’ melalui bibik sahaja.

"Aku memang dah geram dan kalau aku tak buat macam ini dia tak akan berhenti dera pemikiran anak aku.

"Anak ini yang masih kecil dia tahu siapa yang ikhlas dan baik hati dengan dia jadi bila dia (bekas suami) tertengok video mesra anak dengan suami dia terus ugut budak itu.

"Lainlah kalau orang tu ada buat benda baik dekat anak kau, bolehlah kau buat macam itu tapi sekarang ini orang itu jalankan tanggungjawab yang sangat baik terhadap anak kau pun tak bersyukur lagi?," tutur Anim.

No Image Caption

Anim sempat menitipkan pesan kepada individu yang telah berpisah dengan pasangan masing-masing untuk tidak menjadikan anak sebagai tiket untuk membalas dendam.

Tambahnya, beliau tidak teragak-agak untuk membongkar segala yang berlaku sekiranya bekas suami terus melakukan perkara itu terhadap pemikiran anak mereka.

Sekadar info, Anim berkahwin dengan Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019 namun berpisah pada 2022

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia lima tahun.

Pengacara berusia 32 tahun itu kembali bergelar isteri pada Julai 2024 bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Ariff.


Penceraian bukan tiket untuk anda menyimpan dendam kepada bekas isteri atau suami sehingga anak-anak jadi mangsa.

Pengacara, Anim Ezati Rizki yang sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Namun, jodoh bersama bekas suami, Mohd Fadli Sahudin tidak panjang apabila mereka bercerai awal tahun 2022.

Biarpun sudah berpisah namun beliau dan bekas suami masih berkawan baik demi membesarkan puteri tunggal mereka, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia empat tahun.

Anim turut berkongsi pandangan mengenai isu kerumitan yang berlaku pada segelintir pasangan yang bercerai dalam hal penjagaan anak-anak.

#animezatirizki #pengacara #hos #penceraian #ibutunggal #anak #sinarplus #lifestylesinarharian" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang