'Ayah tumpang anugerah aura kamu...' Achey titis air mata, kongsi ucapan sempena hari lahir ke-7 Tiara Zinnirah
TANGGAL 15 Mei pelawak Achey berkongsi anak kesayangannya, Nur Tiara Zinnirah genap tujuh tahun.
Menerusi hantaran di Instagram, pelawak terkenal itu meluahkan harapan dan perasaannya termasuk tidak menolak menumpang aura si kecil berkenaan yang cukup popular.
"Mungkin awak akan baca kapsyen ini apabila sudah besar nanti. Dalam tidak sedar, air mata ayah jatuh.
"Kadang ayah terfikir, layakkah menjadi seorang ayah kepada seorang anak yang hebat ini? Harapan ayah, agar kamu jadikan seluruh kehidupanmu dengan 'kebaikan', walau apa cara dan situasi sekalipun.
"Wahai Tiara yang disayangi ramai, ada juga yang mengatakan ayah menumpang anugerah aura kamu. Ayah tak malu untuk mengatakan 'benar' kerana jawapan sebaliknya akan membuatkan orang tak selesa," kongsinya.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah turut berharap si kecil itu menjadi insan membesar dengan memiliki sahsiah yang baik pada masa akan datang.
"Maafkan ayah dan mama kalau tersilap corak untuk mencantikkan keperibadian kamu.
"Mungkin kamulah yang kena lakukan sendiri untuk mencantikkan keperibadian kamu kelak. Sentiasa ingat ALLAH
"Selamat ulang tahun, Tiara Zinnirah Nasir Binti Abd Haq," titipnya.

Menjengah ruangan komen, warga maya tidak ketinggalan memberikan ucapan hari lahir buat Tiara dan mendoakan agar si kecil itu menjadi anak yang baik serta solehah.
Ada juga dalam kalangan warganet yang mengimbas kembali kenangan kehadiran kanak-kanak tersebut dalam kehidupan pasangan suami isteri itu.
"Happy birthday Tiara, sebaknya ucapan seorang bapa. Teringat lagi surprise bawah tudung saji. Moga terus membesar dengan baik dan berjaya dunia akhirat."

"Cepat masa berlalu, macam baru sahaja tengok suprise bawah tudung saji. Besar dah Tiara. Masya-ALLAH memori masih segar dalam ingatan. Moga jadi anak solehah ya Tiara!"
"Selamat hari lahir Tiara. Ayat kedua Achey tulis mak cik sudah menangis. Sampai habis baca pun menangis dan sebak. Moga famili kecil ini terus bahagia."
Untuk rekod, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mendirikan rumah tangga pada 2011.
Tiara yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur jam 8.05 malam, 15 Mei 2018 menjadi penyeri keluarga kecil itu sejak tujuh tahun lalu.
Lebih istimewa lagi, kehadiran Tiara adalah sebagai kejutan ulang tahun kelahiran Achey ke-32.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
