Bila dialog tanpa skrip menyentuh jiwa, Siti Hariesa menangis tanpa henti dalam dakapan ustazah

HIDAYAH ALLAH datang dalam pelbagai cara. Kadang-kedang melalui pesanan ringkas sahaja sudah mampu menjetik hati hamba-NYA.
Melalui perkongsian pelakon drama Lambaian Huda, Siti Hariesa yang membawa watak Suzy dalam drama tersebut, saat lakonan bersama Ustazah Asma’ Harun memberi kesan yang mendalam dalam dirinya.
Babak tersebut melibatkan Suzy berjumpa dengan ustazah untuk meluahkan perasaan mahu berubah menjadi lebih baik tetapi terlalu banyak rintangan yang perlu ditempuhi.
Sebagai seorang wanita simpanan dan memiliki banyak dosa, dia merasakan takdir terlalu benci padanya.
Sejurus tamat dialog tersebut, Ustazah Asma’ Harun melontarkan pesanan secara bersahaja tanpa skrip. Semua yang dikatakan memang dari jiwanya.
“Ustazah cakap kita semua tak sempurna, ada kekurangan diri dan saya buat dengan baik. Lebih kurang macam itu.
“Bait perkataan yang dilontarkan ustazah sangat menyentuh hati apabila secara peribadi, kata-kata yang diucapkan menusuk perasaan sehingga saya menangis tidak berhenti,” katanya kepada Kosmo! Online.
Malah, pelakon berusia 27 tahun ini sendiri tidak sedar, menangis tersesak-esak semasa melakonkan babak itu sehinggakan ustazah bangun dari tempat duduknya dan memeluk erat dirinya.
Ujarnya lagi, nasihat yang diberikan oleh pendakwah berkenaan amat tepat sekali dan ‘makan dalam’.
Video pendek yang viral di TikTok itu bukan hanya membuatkan dirinya menangis tanpa henti, malah warga maya yang menontonnya juga melalui perasaan yang sama.
Antara komen warga maya:
“Kenapa aku yang menangis ni.”
“Aduhai…suara ustazah meruntun terus ke jiwa saya. Allahuakhbar!”
“Dengan aku sekali menangis.”
“Kadang-kadang luka paling dalam itu dah tak hadir dengan air mata. Sebab air mata tu dah habis melawan duka.”
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang