'Dengan hati yang berat…’ – Awi Rafael kongsi berita duka kehilangan ibu tercinta
PENYANYI dan komposer, Awi Rafael berkongsi berita duka apabila kehilangan ibu tercinta, Azizah Binti Abdul Rahman pada Jumaat, 15 Ogos 2025.
Berita itu disampaikan sendiri oleh Awi menerusi satu hantaran penuh emosi di Instagram miliknya.
“Hari Jumaat yang penuh barakah ini, dengan hati yang amat berat, saya kehilangan insan paling berharga dalam hidup saya- ibu tercinta, Azizah Bte Abdul Rahman. Innalillahi wa inna ilayhi raji’un.
"Semoga ALLAH mengampuni segala dosanya, menerima segala amal ibadahnya dan menempatkan beliau di syurga-NYA.
Doakan untuk arwah ibu saya. Terima kasih. Amin,” tulisnya.

Detik itu tentunya menjadi tarikh yang sukar untuk dilupakan dalam hidup Awi. Hantaran tersebut turut mengundang sebak pengikut serta peminatnya yang tidak henti menitipkan ucapan takziah dan doa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Bagi seorang anak, kehilangan ibu adalah satu momen yang tidak terbanding. Segala kenangan, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu akan terus terpahat di hati.
Awi sendiri dalam banyak perkongsian sebelum ini sering menzahirkan betapa pentingnya doa serta restu ibunya dalam perjalanan seni dan kehidupannya.
Di kala dunia hiburan sering dihiasi dengan cerita suka dan duka, berita ini mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan. Sehebat mana pun pencapaian, kasih seorang ibu tetap menjadi sumber kekuatan utama.
Kehilangan ini pastinya meninggalkan ruang rindu yang tidak akan pernah terisi.
Walaupun pilu menyelubungi, doa yang dipanjatkan menjadi harapan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga ALLAH SWT.
Dalam masa sama, sokongan serta doa orang ramai buat Awi dan keluarganya diharap dapat memberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

