'Dia dah lama impikan bayi kembar' - Syafiq Kyle sokong impian Mimi Lana
Pelakon kacak, Syafiq Kyle mendedahkan isterinya, Mimi Lana sudah lama menyimpan impian untuk menimang cahaya mata kembar.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, perkara itu sebenarnya sudah disebut Mimi sejak sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.
“Dia dah lama impikan bayi kembar. Doakan saja untuk dia.
“Sebelum kahwin lagi, dia cakap impian nak dapat anak kembar.
“Saya rasa baguslah dia buat macam itu (muat naik hantaran) supaya orang doa untuk dia,” katanya.
Syafiq berkongsi cerita itu ketika ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem Malaikat Malam di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tambah pelakon Sheriff: Narko Integriti itu lagi, hantaran isterinya yang tular baru-baru ini bukan sekadar tentang keinginan memiliki anak kembar, tetapi juga mesej positif untuk pengikut media sosial.
“Dia cakap sejak kebelakangan ini, nampak banyak hantaran tentang kebencian atau perkara-perkara tidak seronok untuk dilihat.
"Mimi memang suka main media sosial, jadi pada dia kalau ramai orang bercakap dan mendoakan perkara yang baik, insya-ALLAH akan lebih termakbul,” jelas Syafiq.
Terdahulu, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di laman Threads memohon doa orang ramai agar dikurniakan anak kembar.
Untuk rekod, pasangan selebriti berkenaan selamat diijabkabulkan pada 14 Februari lalu di Taiping, Perak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

