Elisya Sandha kongsi momen pertama kali jumpa Sheila Rusly, sejam tunggu dalam kereta kerana takut. 'Penyayang, tak garang pun...'

No Image Caption
A
A
A

HUBUNGAN baik Elisya Sandha dan ibu mentuanya, pelakon serta penerbit terkenal, Sheila Rusly sejak dahulu sentiasa menjadi inspirasi ramai.

Manakan tidaknya, Elisya yang merupakan isteri kepada anak sulung Sheila, Uzair Haqimy dilayan umpama anak kandung sendiri.

Baru-baru ini, pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan itu sempat mengimbas kembali momen pertemuan kali pertama dengan Sheila sambil ditemani Uzair.

Kongsi ibu kepada sepasangan cahaya mata itu, dia cukup berdebar dan risau dengan karakter Sheila yang dianggapnya garang hingga dia sanggup menunggu lama di dalam kereta.

"Pertama kali saya berjumpa dengan ibu mentua, saya duduk dalam kereta selama satu jam.

No Image Caption

"Saya tak nak keluar kereta sebab takut punya pasal, padahal sudah ada di depan rumah," katanya.

Namun Uzair ketika itu menasihatinya agar memberanikan diri untuk bertemu ibunya.

 

 

 

"Saya cakap dekat suami saya yang ketika itu teman lelaki saya, ‘saya takut, tak nak masuk dalam.’

"Dia minta saya jadi diri sendiri sahaja dan jangan berlakon. Saya pun gagahkan diri," kongsinya.

No Image Caption

Bagaimanapun, pandangannya kepada Sheila jauh tersasar apabila isteri kepada pengarah dan penerbit Jinggo itu mempunyai keperibadiaan baik.

"Rupanya mama okay sahaja, tak adalah garang pun. Dia sangat penyayang dan masak untuk saya.

"Karakter dia adalah seorang yang tegas tetapi sangat penyayang, baik dan suka masak," kongsinya.

Warganet rata-rata bersetuju detik kali pertama bertemu ibu mentua adalah yang saat yang mendebarkan.

Sekadar info, Elisya dan Uzair diijab kabul pada 21 Ogos 2021 dan baharu sahaja menerima kehadiran anak kedua, Bahtera Elhaq Uzair Haqimy pada 17 Mei lalu.

Pasangan itu terdahulu dikurniakan anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang