Mas Idayu akhirnya buka mulut isu perpisahan, nafi wujud orang ketiga. 'Saya sangat layak mohon penceraian...'

A
A
A

BARU-baru ini kecoh pendedahan penyanyi dangdut, Mas Idayu sudah berpisah dengan suaminya, Sufian.

Memetik temu bual bersama Melodi, Mas Idayu atau nama lengkapnya Mas Idayu Mesnun mengakui dirinya yang meminta untuk dilepaskan dan menegaskan beliau mempunyai alasan yang kukuh.

Namun begitu, wanita berusia 53 tahun yang lebih mesra disapa Mummy itu enggan mendedahkan punca terperinci mengapa mereka bercerai.

Menurutnya, permintaan untuk bercerai sebenarnya telah dibuat lebih awal, sebelum bermulanya program Famili Duo musim keempat, namun beliau tetap komited menjalankan tugas sebagai juri profesional seperti biasa.

“Kalau tanya kenapa saya minta cerai, jawapannya saya sangat layak untuk mohon perceraian.

“Saya menuntut cerai sebelum bermulanya program Famili Duo musim keempat, tapi saya masih jalankan tugas saya sebagai juri seperti biasa.

“Saya datang ke mahkamah pada 4 Mac dan telah jatuh talak. ALLAH tutup aib kami.

Penyanyi berpengalaman itu juga menyentuh soal tanggungjawab sebagai isteri yang tidak sewenang-wenangnya boleh memohon perceraian tanpa sebab kukuh.

“Seorang isteri kalau mohon cerai tanpa sebab, dia tidak akan dapat cium bau syurga. Saya tidak mahu menuding jari siapa yang salah,” katanya sambil menzahirkan rasa syukur kerana perpisahan berlaku secara baik.

Menolak dakwaan wujudnya pihak ketiga sebagai punca perceraian, Mas Idayu menegaskan bahawa hubungan mereka berakhir tanpa pertelingkahan atau konflik besar.

“Saya dan bekas suami tidak bergaduh langsung. Malah ketika kami hadir ke mahkamah, kami masih boleh ketawa. Kami masih boleh berkawan,” katanya jujur.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh bekas suami, Muhammad Sufian, yang juga merupakan Penerbit Eksekutif di TV3.

Dalam kenyataan ringkas, beliau menerima takdir jodoh yang tidak panjang dan menganggap perpisahan itu sebagai ketentuan Ilahi.

Untuk rekod, Mas Idayu dan Sufian disatukan dalam sebuah majlis pernikahan pada September 2022. Mereka mula berkenalan sejak program Mentor 3 yang disiarkan pada tahun 2008 dan kembali rapat pada tahun 2021.

Perkahwinan tersebut merupakan yang kedua buat kedua-dua mereka. Sebelum ini, Sufian pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti televisyen, Intan Suraya, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak.

Mas Idayu pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997. Namun, perkahwinan tersebut berakhir pada 2006. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 27 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang