Muezza buka kedai memanah bertaraf dunia, Diana Danielle jadi wajah rasmi

No Image Caption
A
A
A

PEMINAT sukan memanah kini ada sebab untuk tersenyum lebar. Sebuah proshop eksklusif yang lengkap dengan pelbagai peralatan memanah bertaraf antarabangsa, Muezza Archery Proshop, kini telah dibuka secara rasmi di Seksyen 13, Shah Alam.

Apa yang menjadikan pembukaan ini istimewa bukan sekadar pada lokasi strategiknya, tetapi kerana ia mencipta sejarah sebagai kedai milik bumiputera pertama di Malaysia yang menawarkan akses kepada jenama peralatan memanah terkenal di peringkat dunia.

No Image Caption

Satu pencapaian yang membanggakan, terutama apabila dunia sukan memanah sebelum ini lebih sinonim dengan pengedar luar negara.

Kedai ini bukan sekadar ruang untuk membeli panah dan busur. Muezza membawa pendekatan berbeza apabila menjadikan proshop mereka sebagai pusat sehenti yang menggabungkan elemen jualan, servis dan pembangunan komuniti.

Bayangkan satu tempat yang bukan sahaja menjual jenama antarabangsa seperti Wiawis dan MK Archery, tetapi juga menawarkan servis membaiki peralatan, sesi latihan peribadi, bengkel kemahiran dan pelbagai aktiviti interaktif yang menjadikan pengalaman memanah lebih menyeronokkan dan menyeluruh.

Inisiatif itu turut menyokong pembangunan sukan di peringkat akar umbi, memberi peluang kepada lebih ramai untuk mengenali dan mencintai memanah bukan sekadar sebagai sukan, tetapi juga sebagai gaya hidup.

No Image Caption

Menambah lagi nilai kepada pembukaan ini, Muezza memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MK Archery Korea sebagai tanda kerjasama strategik antara dua negara.

Perjanjian ini meliputi inisiatif bersama dalam pembangunan fasiliti, latihan serta penyediaan peralatan memanah yang lebih sistematik.

Ia bukan sahaja membuktikan kemampuan anak tempatan dalam memacu industri sukan ini ke hadapan, malah memberi gambaran bahawa kita sudah bersedia untuk bersaing dan berkolaborasi dengan pemain besar dunia.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai adalah pelantikan aktres terkenal, Diana Danielle, sebagai ikon rasmi Muezza.

Diana danielle duta

Sebagai seorang ibu dan figura yang dihormati, Diana mengakui beliau menyokong penuh sukan memanah dan telah mendaftarkan anaknya untuk mengikuti latihan khas bersama Muezza.

Bagi Diana, memanah bukan sekadar sukan fizikal, tetapi satu bentuk latihan mental yang dapat mendidik fokus, disiplin dan keyakinan diri, nilai-nilai yang beliau mahu tanamkan dalam diri anak-anak sejak kecil.

Fenomena tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Muezza turut melihat peningkatan ketara dalam kalangan selebriti, artis dan pempengaruh media sosial yang menunjukkan minat terhadap sukan ini.

No Image Caption

Ramai dalam kalangan mereka bukan sahaja membeli peralatan memanah dari Muezza, tetapi turut membawa anak-anak mereka untuk turut serta dalam aktiviti ini. Sukan memanah kini bukan lagi sesuatu yang eksklusif atau asing, malah semakin menjadi pilihan ibu bapa moden yang mahukan aktiviti membina fokus dan karakter untuk anak-anak mereka.

Bagi yang tidak berada di Lembah Klang, jangan risau. Muezza turut melancarkan platform e-dagang yang membolehkan sesiapa sahaja di seluruh negara mendapatkan akses kepada peralatan dan servis mereka.

Sama ada anda tinggal di utara, selatan atau Borneo, semua produk bertaraf dunia ini boleh dibeli secara dalam talian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang