PU Azman hafal empat juzuk al-Quran, ajar banduan di sebalik tirai besi. 'Mohon doakan dirinya'
PENDAKWAH selebriti PU Azman kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan melakukan amang seksual.
Menurut peguamnya, Mohamad Zahid Ahmad, biarpun sedang menghadapi tempoh hukuman, pemilik nama Azman Syah Alias Hakim meneruskan dakwah di sebalik tirai besi.
"Setiap hari dia mengajar banduan di dalam penjara dan adakalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penjara," katanya.
Pendakwah selebriti berusia 44 tahun itu juga dimaklumkan sedang berada keadaan baik di penjara. Malah pelakon drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams itu juga telah menghafal al-Quran.
"Dia mohon doakan dirinya dan dah masuk empat juzuk hafal al-Quran," kongsinya di Facebook.
Menurut Mohamad Zahid lagi, setiap kali berjumpa, anak guamnya itu akan meminta dibawakan buku.

Pun begitu, katanya kehidupan di sebalik jeriji besi tidaklah menyeronokkan dan hanya PU Azman merasainya.
"Hanya dia sahaja yang tahu apa yang dirasai. Namun setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri.
"Saya yakin apa yang terjadi pada sahabat saya itu ujian yang terbaik di sisi ALLAH," katanya.
Beliau yang dihubungi Sinar Harian turut menambah, PU Azman juga reda dengan ketentuan-NYA.
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan PU Azman untuk menjalani hukuman serentak selama 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan yang dikenakan terhadapnya dan dia mula menjalani hukuman serta-merta di Penjara Kajang sejak 27 September 2024.
Untuk rekod, bakat PU Azman dicungkil menerusi rancangan realiti televisyen Pencetus Ummah musim kedua.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

