'Saya nak semua baik-baik sahaja' – Puteri Sarah pilih jalan damai & kekal harmoni dengan Syamsul Yusof demi anak-anak

No Image Caption
A
A
A

ADA masanya kita terpaksa melepaskan sesuatu demi mencari ketenangan. Itulah yang dipilih oleh pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana, selepas melalui episod rumah tangga yang penuh warna.

Kini, walaupun sudah membawa haluan masing-masing, Puteri Sarah tetap mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof, demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Bagi Puteri Sarah, hidup tenang dan damai lebih bermakna daripada terus bergelut dengan konflik yang tidak berkesudahan.

Malah dia sendiri mengakui, menjaga kesihatan mental adalah perkara utama dalam hidupnya sekarang.

“Kita juga kena jaga kesihatan mental. Kalau asyik bergaduh, boleh jadi gila. Bila gila, apapun kita tak boleh buat," ujarnya.

No Image Caption

Sejak perpisahan mereka disahkan pada Jun 2023, hubungan antara Puteri Sarah dan Syamsul ternyata semakin matang.

Mereka sepakat untuk tidak bermusuhan, sebaliknya memilih untuk berkomunikasi dengan baik. Menariknya, mereka juga kerap berkumpul demi anak-anak terutama ketika musim perayaan, sekali gus memberi mesej jelas bahawa kasih sayang ibu bapa tetap utuh walaupun ikatan perkahwinan sudah berakhir.

Memetik Media Hiburan, Puteri Sarah turut menegaskan bahawa dia tidak mahu hidup dalam suasana bermasam muka atau bermusuh dengan sesiapa, apatah lagi dengan bapa kepada anak-anaknya sendiri

. “Pada saya, kalau kita nak hidup tenang, kita kena ada hubungan yang baik. Jangan bergaduh, bermasam muka dan tak bertegur sapa.

"Kalau boleh, saya nak semuanya baik-baik sahaja,” katanya penuh makna.

No Image Caption

Jelas, apa yang diutamakan kini adalah kebahagiaan anak-anak serta kesejahteraan bersama. Syamsul juga dilihat tidak pernah lari daripada tanggungjawab sebagai seorang bapa dan kerap meluangkan masa bersama mereka.

Kehadiran kedua-duanya tetap diperlukan untuk membina kenangan indah dalam kehidupan anak-anak yang sedang membesar.

Selepas melalui pelbagai dugaan, Puteri Sarah kini memilih untuk fokus pada kerjaya, perniagaan dan keluarganya. Katanya, dia tidak mahu lagi menjadi tumpuan kerana kontroversi atau isu yang tidak sepatutnya.

Sebaliknya, dia lebih bahagia menjalani kehidupan dengan tenang, membina masa depan lebih cerah untuk dirinya dan anak-anak.

No Image Caption

Kisah Puteri Sarah ini menjadi inspirasi buat ramai wanita. Ia membuktikan bahawa tidak semua perpisahan perlu berakhir dengan permusuhan. Dengan sikap matang, kesabaran dan rasa hormat, kebahagiaan keluarga masih boleh dikecapi walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang