‘Saya tak suka goyang kaki’ - Remy Ishak tonjol sisi berbeza, tak kekok jaga anak dan kemas rumah

No Image Caption
A
A
A

BUKAN hanya hebat di kaca televisyen, pelakon terkenal, Remy Ishak juga ‘juara’ di rumah.

Dalam satu perkongsian video di Instagram baru-baru ini, lelaki berusia 43 tahun itu menampilkan sisi dirinya yang jarang ditonjolkan kepada khalayak umum.

Remy atau nama sebenarnya, Datuk Mohammad Zalimei Ishak dilihat begitu cekap menguruskan anak tunggalnya, Tuah Alam sambil membantu isteri dengan rutin harian seperti mengemas rumah. Paling menarik, semua itu dilakukan tanpa disuruh.

No Image Caption

Remy turut mengakui, dia tidak boleh duduk diam apabila berada di rumah sekiranya tidak terikat dengan sebarang komitmen kerja dan menganggap ia bukan satu beban buatnya.

“Percaya tak kalau cakap saya tak suka sangat berehat. Hari tiada shooting, saya tak suka goyang kaki.

“Bila dekat rumah, saya akan ambil alih tugas ringankan beban isteri. Isteri tak paksa dan suruh pun tapi sebab saya rasa itu tanggungjawab dan memang tak boleh duduk diam,” tulisnya pada ruangan kapsyen video tersebut.

No Image Caption

Menerusi video berkenaan, pelakon yang terkenal dengan filem Pulang itu memaparkan dirinya sedang memandikan dan menyiapkan anaknya termasuk mengemas rumah serta beriadah.

Rata-rata pengikut laman sosialnya memuji sikap pelakon terbabit yang disifatkan sebagai suami dan bapa mithali yang sepatutnya menjadi contoh kepada ketua keluarga lain.

Video yang dikongsikan di media sosial bukan sekadar mencuri perhatian, namun turut menyampaikan mesej penting bahawa suami mempunyai peranan besar dalam mencorak kebahagiaan rumah tangga.

No Image Caption

Untuk rekod, pelakon Pujaan Hati Kanda itu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Datin Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia dua tahun.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang