Sempena ulang tahun ke-12, Nana Mahazan ‘request’ dukung sebelum Aaqib melangkah remaja, buat ramai tersentuh!

No Image Caption
A
A
A

ADA satu detik dalam hidup seorang ibu yang tidak pernah diberitahu sesiapa, detik terakhir mendukung anak sendiri.

Kita tak tahu bila waktunya, tak sempat simpan tarikh atau masa… tahu-tahu sahaja, tubuh kecil yang dulu sentiasa melekat di sisi kini sudah terlalu tinggi untuk dipeluk lama-lama.

Itulah rasa yang singgah di hati pengacara, Nana Mahazan ketika menyambut ulang tahun anak lelakinya, Aaqib Raqeem Brian yang kini mencecah usia 12 tahun.

Dalam hantaran penuh emosi di laman sosial miliknya, Nana meluah rasa sebaknya melihat Aaqib semakin melangkah ke alam remaja.

No Image Caption

Dari seorang anak kecil yang sentiasa berada di sisi, ke mana sahaja mereka pergi, apa sahaja yang dilakukan bersama, kini Aaqib sudah berdiri sebagai ‘pre-teen’ yang semakin jauh daripada fasa comel penuh manja itu.

Sempena ulang tahun puteranya, pemilik nama sebenar, Nurul Hana Che Mahazan membuat satu permintaan yang begitu lembut namun sarat makna: dia mahu mendukung Aaqib buat kali terakhir.

“Nanti bila mummy dah tak ada, tengok balik… and please know that I love you so much, Aaqib. Today is an emotional day for me,” tulisnya.

Bagi ibu berusia 42 tahun itu, banyak memori kembali bermain, masa mereka berdua di rumah, masa kecil yang tidak boleh berenggang walau sekejap, masa semuanya terasa begitu dekat dan mudah.

Walaupun sudah bertahun-tahun tidak mengangkat anak sulungnya itu, naluri seorang ibu membuatkan dia ingin merasai detik itu sekali lagi.

No Image Caption

“As you turn 12 today, I want to carry you again walaupun sekejap,” kongsinya.

Suatu keinginan yang sederhana, namun membawa makna luar biasa kerana Nana sedar, momen seperti itu mungkin tidak akan berulang apabila Aaqib terus membesar, melangkah lebih jauh, dan membina dunianya sendiri.

Untuk rekod, Nana mendirikan rumah tangga dengan Raqeem Brian Abdullah pada 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aaqib (12) dan Althea (15).

Sepanjang bergelar ibu, anak jati Johor itu sememangnya kerap berkongsi perjalanan membesarkan kedua-dua anaknya, membuatkan ramai yang mengikuti perkembangan keluarganya sejak awal.

No Image Caption

Perkongsian momen mendukung buat kali terakhir itu mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat dan rakan selebriti. Ramai yang mengakui pernah berada dalam situasi sama, tidak sedar bila kali terakhir mereka mendakap anak kecil, hingga momen itu kini tinggal memori yang hanya dapat diulang dalam ingatan.

Kerana begitulah anak-anak… mereka membesar dalam senyap, dalam sekelip mata. Dan ibu seperti Nana, cuma mahu menyimpan satu memori terakhir sebelum dunia anak-anak berubah sepenuhnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang