‘Seronok jadi orang berduit, boleh menipu yang kau tak tahu apa-apa’ - Adzrin Adzhar
PERKONGSIAN terbaharu penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar yang dibuat di Instagram Story mula mendapat perhatian ramai.
Adzrin atau nama sebenarnya Noradzrin Adzhar, 40, berkata, individu yang berduit dianggap sangat beruntung kerana boleh melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan yang dilakukan.

“Sebenarnya seronok jadi orang berduit ni. Bila kau berduit, kau jahat, kau menindas dan kau menutup periuk nasi orang lepas itu kau boleh menipu yang kau tak tahu apa-apa.
“Dalam masa yang sama kau nak pakai peguam, kau nak fight sebab kau ada duit, ada nama. Apa pula terjadi kepada seseorang yang ditindas yang tak ada duit dan tak ada nama? Jadi apa? Jadi sampah?” soalnya.

Sebelum ini media melaporkan Adzrin tampil memberi perkongsian mengenai pengalamannya selepas isu Shila Amzah diherdik oleh penyanyi rock legenda yang tular baru-baru ini.
Menurut laporan itu, dia meluahkan rasa kecewa selepas berdepan dengan layanan yang tidak baik selepas dihina oleh seorang pelakon senior tanah air yang sudah lima dekad dalam industri

Difahamkan, salah faham tersebut mula timbul selepas dia menjawab beberapa soalan yang diajukan secara profesional.
Malah, ujarnya, pelakon tersebut turut mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, selain menggesa agar pihak produksi menggugurkan namanya daripada sebuah projek seni yang sedang dirancang.

Isu tersebut mula mendapat perhatian ramai dan menjadi teka-teki mengenai pelakon veteran terbabit.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
