Keluarga restu hubungan Fattah Amin & Amira Othman, sering hadir majlis kekeluargaan. 'Kami teman tapi mesra...'

No Image Caption
A
A
A

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang secara spontan memberi komen "Selamat Pengantin Baru" dalam siaran langsung TikTok pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman meraih perhatian ramai.

Bahkan, hal tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia gurauan atau mempunyai makna tersirat.

Mengulas mengenai keterujaan warganet tentang perkara tersebut, tuan punya badan, Fattah mengakui dirinya terharu dan tersentuh dengan reaksi penyanyi nombor satu negara berkenaan.

Pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohd Amin bagaimanapun mengakui terkejut dan tidak menyangka Siti Nurhaliza menyertai siaran langsung tersebut. Tambahnya, beliau tidak dapat melihat komen penyanyi lagu Cindai itu kerana ia hanya muncul di siaran Amira sahaja.

Dalam keberkatan sepuluh malam terakhir Ramadan, bapa kepada seorang cahaya mata itu meluahkan rasa gembira apabila menerima komen positif daripada Siti Nurhaliza.

Baginya, kata-kata tersebut bukan sahaja menggembirakan semua pihak, tetapi turut mengeratkan ukhuwah sesama rakan artis.

Artikel Berkaitan:


Demikian kata pelakon, Fattah Amin ketika mengulas video luahan anaknya, Fatima Aisya baru- baru ini.

Menurutnya, reaksi Fatima ketika mereka bertemu semalam, tidak seperti yang digambarkan dalam video yang tular baru-baru ini.

Malah, beliau menganggap tindakan anaknya itu disebabkan merajuk dengannya dan baginya itu normal sesuai dengan usia puterinya itu baharu berusia empat tahun.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di acara Meet & Greet Duta Jakel di Shah Alam yang turut menghimpunkan duta jenama berkenaan. Antaranya Amira Othman, Elly Mazlein, Nabil sekeluarga, Kumpulan Sepahtu, Sally dan suami, Upin Ipin serta Cik Epal.

#ingatkainigatjakel #jakelmendonia #artismalaysia #fattahamin #fatima #anakayah #bamtah #selebriti ##dutajakel #SinarPlus #lifestylesinarharian" />

"Bulan Ramadan ini, kita perlu sentiasa bercakap perkara yang baik. Jadi, apabila melihat komen positif, antaranya daripada Siti Nurhaliza, saya gembira. Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut kerana tidak berani," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SinarPlus dalam majlis berbuka puasa bersama pelakon drama Keluarga Itu di Lado By The Lake, di Shah Alam, baru-baru ini.

Ketika diminta lanjut mengenai status hubungan dengan Amira, sama ada sekadar teman tapi mesra, bintang drama Keluarga Itu tanpa berselindung mengakui perkara tersebut.

"Bolehlah, teman tapi mesra dalam maksud lain ketika bekerja," katanya sambil tersenyum penuh makna.

Memandangkan hubungan mereka sudah mencapai tahap sedemikian, Fattah memaklumkan bahawa keluarganya merestui dan menyukai Amira.

Lebih-lebih lagi, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu sering hadir dalam acara keluarga bersama, sekali gus mengeratkan lagi hubungan mereka.

"Keluarga saya merestui, lagipun Amira pernah menghadiri majlis sebelum ini bersama keluarga saya.

"Dalam masa yang sama, semua gembira dan menyifatkan beliau sebagai rakan artis yang baik," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang