Amira Othman tempah awal Tokti nyanyi di majlis resepsi, Fattah Amin terkedu gurauan selamat pengantin baharu! 'Jangan lupa bawa bakal suami...'

No Image Caption
A
A
A

FENOMENA Fattah Amin dan Amira Othman terus mencuri perhatian ramai.

Pasangan sensasi ini kerap menjadi bualan warganet, lebih-lebih lagi selepas mereka bergandingan sebagai duta jenama fesyen terkemuka tanah air.

Malah, pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd Amin itu sering mengadakan sesi TikTok Live bersama Amira atas permintaan peminat yang rata-rata tidak pernah jemu menyaksikan sisi romantik mereka.

Baru-baru ini, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman sekali lagi mencetuskan keterujaan peminat apabila berduet bersama Fattah dengan menyanyikan lagu Hati-Hati, yang merupakan salah satu lagu hit nyanyiannya sendiri.

Namun, komen spontan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam siaran langsung tersebut benar-benar mencetuskan sensasi apabila beliau secara berseloroh mengucapkan "selamat pengantin baru".

"Hai, selamat pengantin baru. Eh! Selamat berhari raya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tidak berakhir di situ, pengasas SimplySiti itu turut mengundang Amira untuk beraya di kediamannya dengan syarat perlu hadir bersama pasangan atau lebih tepat lagi, bakal suami yang merujuk kepada Fattah, yang turut berada dalam siaran langsung tersebut.

"Boleh, roger-roger, jangan lupa bawa pasangan ya.

"Kalau bukan pasangan, bakal suami," selorohnya.

Siaran yang meraih lebih 40,000 tontonan itu bertambah meriah apabila Siti Nurhaliza, atau lebih mesra disapa sebagai Tokti, meluahkan rasa tidak sabar untuk merenjis pasangan duo sensasi yang kini diberi gelaran ‘Fattah Amira’ (FA) oleh peminat.

"Tak sabar nak merenjis."

Membalas mengenai merenjis, Amira secara berseloroh bertanyakan kesudian pelantun lagu Cindai itu untuk menyanyi pada majlis resepsinya akan datang.

"Kalau saya kahwin, Mak Iti sudi tak untuk nyanyi?" tanya Amira.

"Insya-ALLAH, boleh," balas penyanyi nombor satu negara itu.

Sementara itu, Fattah atau lebih mesra disapa sebagai Abang Long oleh keluarga Amira hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa sepanjang siaran tersebut, seolah-olah membenarkan selorohan itu menjadi kenyataan.

Hubungan pasangan sejoli ini sering 'dikenenkan' hingga ke jenjang pelamin, apatah lagi mereka kerap tampil bersama dalam pelbagai majlis, membuatkan warganet merasakan ‘tak lengkap’ jika salah seorang daripada mereka tiada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang