Kieda Crepe kongsi perjalanan kehamilan ketiga: 'ALLAH hadirkan zuriat saat aku reda'
PEMPENGARUH dan usahawan, Kieda Crepe sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi satu berita dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Hantaran video yang dimuat naik di media sosial miliknya menuai perhatian ramai.
Mungkin kerana ia bukan sekadar pengumuman biasa, tetapi hadir bersama perjalanan emosi, kenangan yang tak pernah hilang dan rasa syukur yang tidak terucap.
Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra membuka perkongsian dengan kata-kata yang lembut tetapi sarat makna, seolah-olah mengajak warganet masuk seketika ke dalam dunia kecil yang sedang dibina penuh kasih.

“Dengan nama ALLAH aku berlindung daripada mata-mata jahat,” tulisnya.
Tanpa ramai sedar, kehamilan Kieda kini sudah menghampiri trimester ketiga. Lebih manis, berita itu dikongsikan ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama suami dan kedua orang tua, momen yang menyatu antara ibadah, keluarga dan anugerah terindah.
Namun ungkapan yang paling meninggalkan kesan tentunya apabila Kieda meluahkan sesuatu yang begitu dekat di hatinya.
“25 Julai 2025, arwah Abah genap dua tahun tinggalkan Kieda… dan ALLAH hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya," kata wanita itu lagi.

Ungkapan itu seperti memeluk perasaan semua yang membaca. Rindu seorang anak pada ayahnya tidak pernah hilang, tetapi Tuhan menggantinya dengan rezeki yang mampu menenangkan jiwa. Hadiah kecil dari langit, datang tepat ketika hati sudah belajar menerima takdir dengan lapang.
Dalam perjalanan hidup yang penuh naik turun, kisah Kieda mengingatkan kita bahawa setiap kehilangan akan diganti dengan sesuatu yang lebih lembut, lebih indah dan lebih bermakna. Kadang-kadang, bahagia datang ketika kita tidak lagi mengejarnya, ia hadir sendiri, tepat pada waktunya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

