Anak tertelan bateri terus bawa pergi hospital! Bahaya boleh buat nyawa melayang
PANTANG jumpa apa-apa depan mata, mesti nak masukkan dalam mulut. Kes anak kecil tercekik sering terjadi dan keadaan amat merisaukan ibu bapa.
Antara kes yang sering terjadi ialah anak tercekik mainan, guli dan bateri.
Oleh itu, ibu bapa jangan ambil ringan jika anak-anak didapati tercekik terutamanya bateri kerana ia sangat membahayakan dan anak perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Perkongsian Public Health Malaysia, jika anak kecil anda tertelan bateri, air liur akan bertindak balas dengan bateri dan menghasilkan cas elektrik. Bahan kimia akan bocor lalu menyebabkan kesan terbakar dan kebocoran pada dinding saluran pemakanan. Situasi ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian.
"Jika anda menggantikan bateri kecil untuk alat kawalan jauh (remote control), alat permainan, kalkulator dan jam sila pastikan bateri ini tidak diletakkan merata rata tempat.
"Pastikan peralatan atau pemainan yang menggunakan bateri di skru dengan ketat. Letakkan bateri ini di tempat yang tinggi dan selamat.
"Jika anak anda disyaki tertelan, jangan tunggu lama untuk tunggu bateri keluar ke najis, dapatkan pemeriksaan dan rawat dengan segera," tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman dan apa yang dialami oleh anak-anak mereka ketika didapati menelan bateri.
"Betul sangat. anak saya sampai masuk emergency hospital dan doktor tanya kenapa saya jawab bateri kecil termasuk hidung dan terus doktor buat prosedur tak tunggu lama sebab dalam berapa minit je hidung dah start berdarah. nak keluarkan pun ade caranya dengan nak kawal anak meronta lagi aduh....tak sampai hati tengok tapi terpaksa jugak. lepas prosedur tu hidung still berdarah dalam seminggu kena cuci dengan air botol yang doktor bagi. then baru tak berdarah. sejak dari tu nak beli mainan kena tengok dulu bateri jenis apa"
"Anak 1st saya dia masukkan batery size kecil ni dalam hidung dalam masa 1jam dari start dia mengadu sakit tunjuk hidung dan terus bawa ke ed dan ma yg bertugas tu keluarkan dari hidung bateri tu dah mula berkarat"
Bateri butang yang kecil dan berkilat mungkin kelihatan seperti mainan kepada kanak-kanak, tetapi ia sebenarnya ancaman serius yang boleh mengancam nyawa.
Elakkan sikap sambil lewa dengan beranggapan apa yang dimakan akan dikeluarkan melalui najis tanpa fikirkan kesannya pada tubuh badan anak-anak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang