Tradisi & makanan menyatukan keluarga, cipta kenangan indah sempena Tahun Baharu Cina 2025 di Mardhiyyah Hotel & Suites

No Image Caption
A
A
A

TAHUN Baharu Cina 2025 bakal tiba, dan apa kata anda merancang sambutannya dengan cara yang lebih istimewa?

Tung Yuen Chinese Restaurant di Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan pengalaman makan yang tidak hanya memuaskan selera, tetapi juga membawa kemakmuran dan keceriaan untuk memeriahkan musim perayaan ini.

Dengan suasana yang elegan dan menu yang pastinya membangkit selera, Tung Yuen adalah pilihan tepat untuk mengadakan pertemuan keluarga ataupun majlis syarikat bagi menyambut Tahun Ular yang penuh makna ini.

No Image Caption



SinarPlus baru-baru ini berkesempatan menghadiri majlis Media Food Review sempena Chinese New Year 2025 yang berlangsung di Tung Yuen Chinese Restaurant di Mardhiyyah Hotel & Suites sambil menikmati juadah premium yang disediakan.

Cef Restoran Cina Tung Yuen, Patrick Ng dalam ucapannya berkata, tema masakan tradisional ala kampung menjadi pilihan untuk sambutan tahun baharu yang bakal disambut pada 29 Januari 2025.

No Image Caption



“Pihak kami membuka tirai sambutan Tahun Baharu Cina dengan mengalu-alukan semua pengunjung bersama-sama menyambut perayaan yang ini dengan sesi makan besar," ujarnya.

Tidak lengkap andai sambutan Tahun Baru Cina tanpa Yee Sang, hidangan simbolik kemajuan dan rezeki. Yee Sang atau loh sang iaitu acara melambung isi Yee Sang.

"Jika anda sudah tidak sabar untuk menikmati hidangan tradisional Tahun Baru Cina yang penuh makna, restoran ini menyediakan beberapa pilihan Yee Sang yang bukan sahaja enak, tetapi juga membawa simbol kemakmuran.

"Dengan harga bermula hanya RM 52, pelanggan boleh memilih dari pelbagai jenis Yee Sang seperti Yee Sang Vegetarian Istimewa, Yee Sang Jelly Fish Berwarna-warni, Yee Sang Salmon Bertuah, dan yang paling istimewa, Yee Sang Abalon Berkemakmuran.

"Setiap jenis Yee Sang ini menyajikan rasa yang unik dan menyegarkan, sesuai untuk memulakan sambutan Tahun Baru Cina dengan penuh keceriaan," kongsi Cef Patrick lagi.

No Image Caption



Pertemuan istimewa

Bukan itu sahaja, dari 6 Januari hingga 27 Februari 2025, Tung Yuen turut menawarkan Set Pre Chinese New Year Appreciation yang menyajikan pelbagai hidangan mewah pada harga yang sangat berbaloi.

Antara menu yang ditawarkan termasuklah Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Chicken Soup with Mushroom, Cordyceps Flower, and Black Garlic, Braised Dried Seafood Thick Soup with Crab Roll and Dried Fish Maw, Steamed Red Garoupa with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce dan Baked White Shell Prawn with Spicy Roasted Sesame Paste, pasti mencuri perhatian setiap pengunjung.

Semua hidangan itu dimasak dengan penuh teliti dan menggunakan bahan-bahan premium untuk memastikan setiap suapan memberikan pengalaman rasa yang mengujakan.

Tidak hanya itu, dari 29 Januari hingga 28 Februari 2025, Tung Yuen juga menawarkan Pakej Prosperity Tahun Baharu Cina yang sesuai untuk keluarga besar atau syarikat yang ingin mengadakan pertemuan istimewa bermula dari RM 988.00 hingga RM 2488.00.

No Image Caption



No Image Caption



Antara hidangan eksklusif yang ditampilkan adalah seperti Double Boiled “Kampung” Chicken Soup with Assorted Dried Seafood, Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampung” Style, Braised Baby Abalone, Fish Maw with Shimenji Mushroom and Broccoli, Spice Duo Garlic Baked Fresh Water Prawn dan sebagainya.

Setiap set ini penuh dengan hidangan enak yang mencerminkan semangat perayaan dan kemakmuran, pasti memenuhi selera semua tetamu yang hadir.

No Image Caption



No Image Caption



Untuk memastikan pengalaman makan anda berjalan lancar, Tung Yuen menggalakkan para pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal.

Semua menu yang disediakan adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Orang ramai yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan awal dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang www.mardhiyyahhotel.com atau media sosial Mardhiyyah Hotel & Suites.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang