BARU-BARU ini timbul desas-desus mengenai sama ada Farah Ann Abdul Hadi telah bersara daripada sukan gimnastik atau tidak selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.

Awal Mac lalu, perkara itu menjadi teka-teki ramai apabila jurulatihnya, Ng Shu Wai, mengatakan Farah Ann kini sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu sebelum ini.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Berita itu ternyata membuatkan ramai terkejut termasuk Bibir Merah sendiri.

Namun setelah membuat semakan di akaun media sosial, ratu gimnastik negara itu tidak memberikan sebarang respon berkaitan perkembangan dirinya.

Pada ketika itu, Bibir Merah masih menaruh harapan tinggi menggunung agar penglibatan gadis cantik itu belum terhenti.

Bagaimanapun teka-teki mengenai masa depan atlet berusia 27 tahun itu akhirnya terjawab selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada dunia gimnastik selepas 25 tahun menceburi sukan tersebut.

Baca juga Farah Ann julang nama negara

farah anna

Persaraan Farah Ann diumumkan pada Sabtu lalu menerusi sebuah posting di Instagram.

“Selepas 25 tahun dalam sukan ini, akhirnya saya bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada karier sebagai gimnas yang bertanding.

“Sepanjang perjalanan ini dalam mencapai impian dan matlamat saya serta bertanding dalam temasya Olimpik, saya amat bersyukur dapat bersara mengikut terma-terma saya.

“Gimnastik sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya kerana ia akan kekal sebagai minat saya. Diharapkan, saya boleh menyumbang kepada sukan ini yang telah banyak membantu saya,” coretnya.

Namun, tiada penjelasan lanjut sebab-sebab bintang gimnas itu keputusan untuk bersara.

Apa pun, semoga keputusan yang diambil Farah Ann itu dapat memberikan kesejahteraan pada kehidupannya pada masa akan datang.

Baca juga 8 fakta menarik Farah Ann yang ramai tidak tahu, gimnas kebanggaan negara

Bibir Merah ucapkan selamat bersara Farah Ann!

Terima kasih atas segala kejayaan demi kejayaan yang dilakar sekali gus mengharumkan nama Malaysia pada beberapa temasya sukan beprestij.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI