Ayam jantan berkokok waktu malam tanda ia melihat malaikat itu benar- Dr Zulkifli

A
A
A

BUNYI haiwan ternakan termasuk kokokan ayam jantan mungkin sering didengari oleh mereka yang tinggal  pinggir kota atau di desa.

Ia sebati dalam masyarakat kita  hingga wujud mitos mengatakan ayam berkokok menunjukkan sudah tiba waktu untuk bangun dari tidur.

Pun begitu, tahukah korang bahawa sekiranya ayam jantan berkokok pada waktu malam itu menandakan ia sedang melihat malaikat.

Perkara berkenaan adalah sahih dan dikongsi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada laman Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, ayam jantan berkokok disebabkan haiwan itu melihat malaikat adalah benar sebagaimana Rasulullah SAW menyebutnya di dalam hadis yang sahih.

Berikut penerangan beliau:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya: “Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada ALLAH SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada ALLAH SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”.

[Riwayat al-Bukhari, (3058), Muslim (4908), Abu Dawud, (4438) dan al-Tirmizi, (3381)]

Baca juga: Sebab Musabab Doa Kita Kita Tidak Dimakbulkan Oleh ALLAH YANG MAHA ESA. Ini Yang Selalu Kita Tak Perasan

Manakala menurut riwayat Imam Ahmad, terdapat tambahan lafaz iaitu 'pada malam hari’,

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ مِنَ اللَّيْلِ، فَإِنَّمَا رَأَتْ مَلَكًا، فَسَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ

Maksudnya: Apabila kamu mendengar ayam berkokok di malam hari, sesungguhnya ia melihat Malaikat. Oleh itu, mintalah kepada ALLAH akan kurniaan-Nya.

[Riwayat Ahmad (8064) Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij al-Musnad (8764) menyatakan hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari]

Justeru katanya, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT ketika kehadiran malaikat dengan harapan moga-moga Malaikat mengaminkan doa kita.

“Rasulullah SAW menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa.

“Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan,” katanya.

Zulkifli turut mengulas, ayam jantan juga memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki binatang lain. Ia dikatakan mengetahui perubahan waktu pada malam hari.

“Dia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Dia berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, ia tidak pernah tersalah waktu.

“Sama ada pada malamnya yang panjang atau yang singkat. Oleh sebab itu, sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu,”ujarnya.

Justeru, menurut Zulkifli, kita dianjurkan untuk berdoa ketika ayam berkokok mengharapkan ucapan amin dari malaikat untuk doa yang dititipkan.

Baca juga: Sah atau tidak solat berimamkan seorang perokok, ini kata Dr Zulkifli Al-Bakri

Baca juga: Jumpa wang di tepi jalan, ambil atau biarkan. Ini penjelasan Dr Zulkifli

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca