Rancang percutian sekeluarga ikut poket? Pilihan destinasi domestik, China atau Australia, semuanya berbaloi

No Image Caption
A
A
A

PERCUTIAN keluarga bukan sekadar destinasi, tetapi peluang mencipta momen berkualiti bersama orang tersayang yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Jika masih mencari destinasi, anda boleh memilih dalam atau luar negara seperti Australia dan China yang masing-masing menawarkan pengalaman berbeza sambil memberi pilihan bajet dan gaya perjalanan berbeza.

Di Shanghai, China, pelancong Muslim kini lebih mudah dengan pilihan ratusan restoran halal sekitar Masjid Xiaotaoyuan.

No Image Caption

Antara tarikan utama termasuk The Bund dengan panorama skyline menakjubkan, Yu Garden berunsur klasik, Tianzifang dengan lorong seni dan kafe hipster, serta Xintiandi yang moden dan bergaya. Suasana bandar ini juga mesra pelancong dan sesuai untuk keluarga yang ingin berjalan santai sambil menikmati budaya tempatan.

No Image Caption

Selain itu, Changsha terkenal dengan Orange Isle, Xiamen dengan Pulau Gulangyu yang estetik, dan Chengdu pula terkenal dengan pusat perlindungan panda yang menjadi tarikan utama pelancong. Setiap lokasi ini juga kaya dengan keindahan alam dan aktiviti santai keluarga.

No Image Caption

Australia pula menawarkan pengalaman musim sejuk sekitar Jun hingga Ogos, waktu ideal untuk keluarga Muslim merasai salji atau bermain ski di Perisher dan Thredbo. Pengalaman ini sangat sesuai untuk percutian keluarga yang mencari kelainan.

Di Sydney, kawasan seperti CBD, Circular Quay, Darling Harbour dan Barangaroo menjadi pilihan kerana mudah diakses, mesra keluarga serta berhampiran hotel, pusat beli-belah dan restoran pelbagai pilihan termasuk Chinatown. Selain itu, sistem pengangkutan awam yang efisien memudahkan pergerakan ke semua lokasi menarik.

No Image Caption

Untuk percutian dalam negara, Taman Negara Similajau di Bintulu, Sarawak menawarkan pantai Golden Beach, hutan tropika dan pemandangan laut yang menenangkan, sesuai untuk aktiviti santai seperti berjalan di boardwalk, berkelah dan menikmati matahari terbenam. Lokasi ini juga sering menjadi pilihan keluarga kerana suasana tenang dan tidak terlalu sesak dengan pelancong.

No Image Caption

Lebih memudahkan warga Lembah Klang, Batik Air kini menyediakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Subang ke destinasi domestik seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang. Menariknya, penerbangan antarabangsa ke Jakarta, Singapura, dan Bangkok juga boleh diakses terus dari Subang menggunakan pesawat Boeing 737 (B737) yang sangat selesa dan luas.

Selain Subang, Batik Air juga beroperasi dari KLIA Terminal 1 yang kini dilengkapi sistem self check-in serba moden untuk memudahkan lagi proses urusan perjalanan para pengembara.

No Image Caption

Untuk perancangan berkumpulan seramai 10 orang atau lebih, Batik Air turut menyediakan kemudahan tempahan berkumpulan bagi memudahkan urusan perjalanan dari awal hingga akhir.

Sama ada memilih China, Australia atau domestik, semuanya bergantung kepada bajet anda. China dan Australia menawarkan pengalaman antarabangsa yang berbaloi mengikut peruntukan masing-masing, manakala pilihan domestik tetap terbaik untuk percutian santai yang menjimatkan.

No Image Caption

Layari laman www.batikair.com.my atau Aplikasi Batik Air

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang