3 tahun ambil masa pulihkan diri, ini nasihat Anne Hathaway buat wanita selepas melahirkan anak
AKTRES Anne Hathaway mendedahkan mengambil masa selama tiga tahun untuk pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak keduanya.
Perkongsian tersebut dibuat dalam satu wawancara bersama majalah People.
Pemilik nama sebenar, Anne Jacqueline Hathaway turut mengingatkan kaum ibu lain supaya menghargai tubuh mereka dengan mengamalkan penjagaan kesihatan.
“Tidak ramai yang bercakap tentang perkara ini. Justeru, saya berasa lebih baik untuk berkongsi tentangnya,” katanya.
Malah, beliau turut menggalakkan para ibu untuk tidak perlu menetapkan jangkaan dan sentiasa menjaga diri.
“Selepas bersalin, tolonglah ambil masa secukupnya untuk memulihkan semula sistem tubuh dalaman anda. Usah terburu-buru untuk kembali kepada keadaan biasa selepas melahirkan," kata Hathaway lagi.
Pelakon yang kini memasuki usia 40 tahun itu turut berhenti daripada mengambil minuman beralkohol.
“Selepas melahirkan Jack, saya mengambil masa selama tiga tahun untuk benar-benar sihat dan bertenaga. Dalam tempoh tersebut, saya meninggalkan banyak tabiat buruk termasuklah pengambilan minuman beralkohol.
"Saya tidak dapat menjalani kehidupan yang diingini semasa minum. Apabila memasuki usia 40-an, saya mula menyedari pentingnya memberi sokongan kepada diri sendiri terutama bab pemakanan dengan cara yang berbeza," ungkap beliau lagi.
ANAK-ANAK JADI KEUTAMAAN
Untuk rekod, bintang filem The Devil Wears Prada itu mendirikan rumah tangga bersama Adam Shulman.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Jonathan, 7, dan Jack, 3.
Selain itu, pelakon filem The Princess Diaries itu juga seorang yang mementingkan keluarga.
Beliau dikatakan akan melihat faktor masa bersama kedua-dua anaknya terlebih dahulu sebagai perkara utama sebelum membuat keputusan untuk menerima satu-satu tawaran.
"Urusan anak-anak merupakan perubahan terbesar yang menjadi keutamaan dan luar biasa bagi saya. Malah, saya tidak mampu untuk berjauhan kerana mereka cukup berharga buat diri saya,"ungkapnya.
Malah, pemenang Oscar itu turut mendedahkan filem mana yang paling beliau teruja untuk dikongsikan kepada anak-anaknya apabila mereka dewasa kelak.
"Saya sangat teruja untuk menunjukkan kepada mereka filem The Devil Wears Prada. Ia adalah filem yang bagus," katanya selepas mengambil masa seminit mengingati senarai panjang filemnya.
Sumber gambar: Instagram annehathaway
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang