BERTUAH menjadi seorang yang bernama Marian Rivera kerana memiliki pakej lengkap. Cantik, berbakat, punya suami yang kacak dan anak-anak yang comel.

Malah, beliau antara selebriti yang bukan hanya popular di Filipina, malah di Malaysia nama beliau dan suami tidak asing lagi dalam industri hiburan.

Isteri kesayangan aktor terkenal, Dingdong Dantes sangat menitikberatkan soal penjagaan diri dan kecantikan.

Baca ni Dulu bintang Bollywood, kini Twinkle Khanna jadi penulis buku. Sambung pengajian pada usia 48 tahun, memang inspirasi!

Marian

Tidak hairanlah, biarpun sudah punya dua cahaya mata, namun badannya maintain cantik dan wajah awet muda.

Patutlah namanya tidak pernah tercicir daripada menjadi pilihan pengusaha syarikat kosmetik dan kecantikan antarabangsa yang mendambakannya sebagai duta.

Untuk rekod, Marian dan Dingdong bertemu pada tahun 2007 apabila digandingkan bersama dalam drama adaptasi tempatan MariMar.

Hubungan tersebut berterusan dan mereka sering berlakon bersama termasuklah drama Dyesyebel pada tahun 2008.

dingdong

Cinta lokasi itu akhirnya membawa pasangan sama cantik sama padan ke jenjang pelamin pada 25 Disember 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan anak perempuan Maria Letizia pada 23 November 2015. Pada 16 April 2019 pula, mereka dikurniakan pula cahaya mata lelaki iaitu Jose Sixto G Dantes IV.

HADIAH HARI JADI TERBAIK

Terbaharu, Marian memuat naik gambar dan kapsyen bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun pada 12 Ogos lalu.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Laman Instagram miliknya dihujani dengan ucapan dan doa daripada peminat serta pengikut setia beliau.

Pemilik nama sebenar Marian Gracia Rivera begitu sebak dengan ingatan tersebut lantas menitipkan ucapan terima kasih.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

marian rivera

Malah, beliau cukup terharu dengan pemberian hadiah yang cukup istimewa dam momen indah yang dikongsikan bersama insan tersayang bersamanya selama ini.

Sementara dalam perkongsian lain pula, beliau dilihat memuat naik gambar mereka sekeluarga.

Sisi seorang ibu yang teruja dan bahagia terpancar pada wajahnya tatkala membuka hadiah daripada anak-anak, Zia dan Sixto.

“Bersyukur kepada Tuhan untuk hadiah hari jadi yang terbaik. Keluarga luar biasa,” tulis Marian menerusi kapsyennya.

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

marian

marian rivera

BUKAN CALANG-CALANG WANITA

Menelusuri profil hidupnya, nyata anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita.

Beliau merupakan graduan bagi Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.

Iklan

Kelebihan menjadi anak kepada warganegara Sepanyol sebelah ayah, manakala ibunya pula rakyat Filipina membolehkan Marian bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.

Selain itu, kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife antara yang membawa perubahan dalam hidup jelitawan tersebut.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

marian

Bagi yang mengikuti perkembangan beliau, Marian bukan sekadar pelakon. Malah turut memiliki bakat sebagai seorang penyanyi.

Sekadar makluman, beliau pernah muncul dengan dua album sebelum ini iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.

Selain aktif dengan aktiviti seni, anak kelahiran Madrid, Sepanyol itu juga sebenarnya merupakan pengasas perniagaan bunga-bungaan segar melalui penubuhan Flora Vida by Marian.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah. Tidak terhenti setakat ini, beliau turut melancarkan jenama pakaian sendiri.

Baca ni Tampil anggun dan mewah dengan gaya puteri sebenar, busana pernikahan Princess Rajwa curi tumpuan ramai

Iklan

marian

Pada masa sama, pelakon Filipina itu juga cukup terkenal dengan kerja-kerja amal.

Sebelum ini, Marian pernah turun padang mengembirakan kanak-kanak sumbing menerusi Smile Train Philippines Foundation.

Cukup lengkap pakej dalam diri Marian. Pada min, memang sesuai ungkapan beauty with brains diberikan kepada beliau. Betul tak? Memang tidak puas pandang wajahnya yang jelita dan menawan itu.

rivera

Sumber: Instagram Marian Rivera & https://www.wikiwand.com/en/Marian_Rivera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang