Aksi comel anak gajah baring keletihan, berjalan sejauh 500km curi perhatian
APABILA hutan yang menjadi habitat asal musnah haiwan terpaksa bermigrasi mencari tempat tinggal baharu.
Pada Selasa lalu, sekumpulan gajah berkeliaran yang meninggalkan habitatnya di selatan provinsi Yunnan, China meneruskan perjalanan ke arah timur menuju daerah Yimen setelah berehat seketika.
Kumpulan gajah yang meninggalkan Hutan Simpan Alam Nasional Xishuangbanna tahun lalu tiba di sebuah hutan di luar sebuah kampung di perkampungan Xiyang kira-kira 90 kilometer di barat daya Kunming.
Jabatan perhutanan wilayah berkenaan memberitahu, kawanan haiwan itu berhenti dan berehat di pinggir bandar Kunming yang dilanda ribut petir sejak kebelakangan ini.
Pakar mengatakan keadaan cuaca dan kehilangan gajah jantan menjadi punca kawanan anak gajah berehat sebentar.
Sehingga petang Selasa, kawanan itu terus bergerak menuju daerah Yimen.
"Sekiranya kawanan itu menuju ke utara, ke pusat kota Kunming, kami akan berusaha memimpin mereka ke arah lain dengan makanan," kata Pengarah National Forestry and Grassland Administration's Asian Elephant Research Center China, Chen Fei.
Pihak berkuasa telah mengumpulkan pelbagai sumber untuk memantau kawanan gajah tersebut bagi mengelakkan brgerak ke kawasan perumahan.
Pada masa sama, melaksanakan tindakan komprehensif untuk memastikan keselamatan manusia dan gajah.
Pasukan pemadam kebakaran hutan dan keselamatan awam di peringkat wilayah dan perbandaran pula telah menghantar pasukan untuk mengesan gajah sepanjang masa.
Pada hari Isnin lalu, kira-kira 410 anggota, 374 kenderaan dan 14 dron dikerahkan membawa lebih dua metrik tan makanan dalam usaha berterusan untuk mendorong gajah tidak memasuki kawasan perumahan dan bertindak agresif kepada orang awam.
Gajah Asia berada adalah haiwan yang berada di bawah perlindungan negara kelas pertama republik itu. Ia disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi International Union for Conservation of Nature's Red List of Threatened Species.
Populasi gajah liar di negara berkenaan meningkat dari 175 ekor pada tahun 1970 kepada 300 ekor.
Penghijrahan gajah liar telah menarik perhatian media antarabangsa seperti termasuk TV Asahi, BBC dan The New York Times melaporkan perjalanan haiwan itu dan berusaha untuk menganalisis punca di sebalik penghijrahan tersebut.
Bagaimanapun, perkongsian foto kawanan gajah telah meraih perhatian netizen. Anak gajah tidur di tengah-tengah sambil dijaga gajah dewasa.
“Lihat kedudukan anak gajah itu, kumpulan ini sentiasa menjaganya,” kata salah seorang pengguna Instagram.
“Ia sangat comel. Oh so sweetnya si kecil! jelas seorang lagi warga maya.
“Anak gajah itu sedang memanjat gajah dewasa. Semua bayi suka berbuat begitu, tetap gigih tak kira nak panjat juga,” tulis seorang pengguna laman sosial Instagram.
Gajah merupakan mamalia terbesar di darat dan terbahagi kepada dua spesies iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana) dan gajah Asia (Elephas maximus).
Gajah hidup di seluruh Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Elephantidae adalah satu-satunya keluarga daripada Proboscidea yang masih hidup. Sementelah keluarga lain kini sudah pupus termasuk mammoth dan mastodon.
Gajah Afrika jantan merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi mencapai empat meter dan seberat hingga 7,000kg.
Sumber: Daily Mail, China Daily, Wikipedia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang