Anak lelaki mengadu sakit dubur, rupanya diliwat cikgu, 21 mangsa sama

liwat diliwat
liwat diliwat
A
A
A

Anak lelaki mengadu sakit dubur, rupanya diliwat cikgu, 21 mangsa sama

BUKAN seorang, 21 pelajar lelaki 'terkena'dengan guru muda ini! Tindakan jijik seorang guru yang tergamak meliwat anak murid terbongkar akhirnya.

Perbuatan keji itu kantoi apabila salah seorang daripada mangsa mengadu sakit pada bahagian dubur kepada keluarganya. Kanak-kanak lelaki itu kemudian menceritakan kejadian sebenar yang menimpanya.

Menurut polis Batang di Jawa Tengah, Indonesia, suspek yang berusia 28 tahun itu merupakan seorang guru rebana (muzik) di sebuah sekolah di situ.

Dia mendedahkan suspek telah melakukan gangguan seksual terhadap 21 kanak-kanak lelaki berusia 8 hingga 11 tahun.

Lebih mengejutkan apabila dikatakan suspek telah melakukan perbuatan terkutuk sejak tiga tahun lalu di beberapa lokasi seperti rumah tumpangan, pantai dan kawasan sawah.

Suspek juga dikatakan mengumpan dengan menyediakan makanan ringan kepada mangsa supaya mereka boleh diajak keluar.

Selepas berjaya, suspek mula meliwat dan meraba mangsa.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil siasatan awal mendapati suspek juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil yang akhirnya membawa kepada satu ketagihan.

Baca juga Seram! 2 remaja bunuh kanak-kanak 11 tahun, motif jual organ terdesak nak duit

Culik Gambar fail.

Sementara itu, buat ibu bapa, mohon ambil iktibar daripada kejadian. Ajarlah ilmu seksual sepatutnya tidak kiralah kepada anak perempuan mahupun lelaki.

Seawal usia dua tahun, sepatutnya anak-anak telah didedahkan dengan ilmu seksual seperti;

1. Ibu bapa boleh bermula dengan mengajar penggunaan istilah yang betul dan tepat untuk kemaluan ketika mereka sudah boleh berbicara , faraj bagi perempuan dan zakar bagi lelaki. Jangan berselindung di sebalik panggilan norma dalam masyarakat kita seperti 'burung' dan 'karipap'.

2. Kanak-kanak perlu dididik tentang anggota yang merupakan hak ekslusif mereka, tiada orang lain yang boleh menyentuh melainkan hal kecemasan seperti menjalani rawatan bersama doktor dan ditemani oleh mereka yang dikenali ketika rawatan berlangsung.

Baca juga 4 hari terperangkap, cedera parah dan lemas, kanak-kanak terjatuh lubang 35 meter meninggal dunia

3. Ajar mereka enam anggota penting perlu dijaga seperti payu dara, zakar, vagina, punggung, paha dan mulut.

4. Sentiasa pesan, jika ada seseorang menyentuh anggota tersebut, terus menjerit minta tolong dan maklumkan kepada orang sekeliling yang ada.

5. Ibu bapa sentiasa perlu mengingatkan anak kecil supaya mereka berwaspada dengan cara sentiasa bertanya tentang anggota ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Regional Kompas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang