SERAM apabila penulis baca kisah ini. Tak sangka anak remaja baru berusia 14 dan 17 tahun sanggup berperilaku sekejam ini.

Demi menjual organ dengan harga tinggi, dua remaja itu menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun.

Menurut Kompas, kes tersebut hanya terbongkar setelah keluarga melaporkan kehilangan kanak-kanak berkenaan sejak 8 Januari 2023.

Dalam proses pencarian, masyarakat setempat menemui jasad kanak-kanak tersebut dalam keadaan mengerikan di kawasan jambatan, Pemeriksaan Pam Timur Waduk Nipa-nipa, Moncongloe, Kabupaten Maros, dua hari selepas dilapor hilang.

Baca juga: Wanita ini tak sedar rupa-rupanya pembunuh yang diupah seorang pegawai polis. Berikut kronologi cerita

Macam tak percaya ia adalah jenayah angkara dilakukan dua orang remaja belasan tahun, jasad mangsa ditemui dalam keadaan kedua-dua kaki dan tangan diikat dan dibalut dengan beg plastik.

Ketua Perhubungan Awam Kepolisian Resor Kota Besar Makassar, Kompol Lando KS berkata daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan mangsa diajak penjenayah untuk pergi membantu membersihkan rumah.

Mangsa dipancing dengan wang tunai Rp50,000 (RM14.13) kemudian diajak menaiki motor ketika berada di Indomart.

Malangnya, selepas kejadian itu, mangsa tidak pernah pulang ke rumah.

Dikatakan obses menjual organ manusia, dua suspek itu memberitahu terdesak untuk menculik dan membunuh mangsa kerana taasub dengan laman jual beli organ manusia yang menawarkan harga tinggi.

Baca juga: Berita mati dibunuh anak lelaki hanya palsu, Veena Kapoor rupa-rupanya masih hidup

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

“Daripada hasil soal siasat terhadap dua pelaku yang masih pelajar, mereka mengaku tergoda dengan harga jualan organ manusia. Mereka melihat carian Google,” katanya.

Selepas berjaya memperdaya kanak-kanak itu ke rumah pelaku berusia 17 tahun, mangsa diminta menunggu sambil menonton di komputer riba.

Ketika leka itulah suspek membunuhnya dengan mencekik dari belakang, menghantukkan kepala ke dinding sebanyak lima kali sehingga meninggal dunia.

“Selepas memastikan mangsa meninggal dunia, pelaku kemudian mengikat kakinya dan memasukkannya ke dalam beg plastik hitam.

“Kerana tidak tahu apa perlu dilakukan berbuat apa, pelaku kemudian mencampakkan mayat mangsa di Pemeriksaan Pam Timur Nipa, Waduk Nipa, Moncongleo, Kabupaten Maros,” katanya.

Baca juga: Sanggup culik dan kelar perut ibu hamil demi kekasih, ini kronologi pembunuh kejam

Ratusan penduduk yang berang dengan tindakan dua pelaku bertindak merosakkan rumah pelaku.

Rumah dua tingkat milik ibu bapa suspek 17 tahun dirobohkan penduduk. Malah ahli keluarganya lari meninggalkan rumah mereka kerana takuti.

Iklan

Selepas membongkar rumah suspek pertama, kumpulan perusuh kemudiannya menuju ke rumah suspek kedua.

Rumah diperbuat daripada kayu dirosakkan oleh perusuh dan ahli keluarganya juga telah meninggalkan rumah tersebut kerana bimbang akan keselamatan.

Pada masa ini, kedua-dua pelaku AD dan MF telah dinamakan sebagai suspek, tertakluk kepada artikel pembunuhan terancang dan Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Hal itu ditegaskan oleh Ketua Polis Makassar, Polres Kombes Budhi Haryanto kepada wartawan.

“Kedua-dua penjenayah itu didakwa melakukan pembunuhan terancang (Perkara 340 Kanun Jenayah) dan Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak. Oleh kerana mereka masih di bawah umur, ancaman penalti telah dikurangkan separuh. Jika mereka dewasa, mereka pasti akan dijatuhi hukuman mati. atau penjara seumur hidup. Jadi, biarlah hakim yang putuskan nanti,” tegasnya.

Iklan

Menakutkan apabila mengetahui kes sebegini dilakukan kanak-kanak yang masih dibawah umur. Dalam masa yang sama kasihan kepada keluarga mangsa.

Diharapkan perkara seumpama ini tidak berlaku di negara kita.

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan ‘boyfriend’ ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Sumber: Kompas

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.