Dua beradik dicampak dari tingkat 15 oleh bapa kandung sendiri, kisah tragis ini buat ramai berang
TANPA teragak-agak, seorang lelaki sanggup membunuh dua anak sendiri gara-gara mahu memenuhi permintaan kekasih!
Kisah tragis yang berlaku di Chongqing, China baru-baru ini menjadi perbualan hangat dan mencetuskan kemarahan warganet seluruh dunia.
Mana tidaknya, Zhang Bo tanpa perasaan bersalah sanggup mencampakkan dua anaknya keluar dari tingkap rumahnya setinggi 15 tingkat.
Lebih menyedihkan, mangsa, Zhang Ruixue, 2, dan adiknya, Zhang Yangrui berusia setahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Lapor dailymail.co.uk, sebelum kejadian kejam itu berlaku, lelaki berusia 27 tahun tersebut dikatakan sedang membuat panggilan video bersama kekasihnya, Ye Chengchen.
Sepanjang perbualan, wanita berusia 21 tahun berkenaan dikatakan mengugut untuk membunuh diri jika Zhang tidak mahu membunuh anaknya.
Ini kerana alasan diberikan yang mana keluarga wanita itu tidak mahu menerimanya kerana sudah memiliki anak.
Malah, dalam panggilan video tersebut, Ye mengelar tangannya kerana kecewa tidak dapat memulakan hidup baru dengan kekasihnya.
Tertekan dengan tindakan itu, Zhang kemudiannya tanpa berfikir panjang mencampakkan kedua anaknya.
Bagi menutup perbuatan jenayahnya, lelaki tidak berperikemanusiaan berkenaan kemudiannya berlari turun ke bawah lobi sambil berpura-pura menangis.
Ketika itu, Zhang dilihat orang ramai sedang menghentakkan kepalanya pada dinding dan menangis seperti orang gila.
Zhang kemudiannya mendakwa ketika kejadian, dia sedang tidur sebelum menyedari anaknya terjatuh dari tingkap.
Baca juga Kejam! Lima anak kecil dibunuh gara-gara isteri sakit hati suami curang
Pun begitu, penipuan dan lakonan Zhang berjaya dihidu bekas isterinya yang akhirnya membongkarkan niat jahatnya.
Memetik laporan portal tersebut, Chen Meilin memberitahu media tempatan bahawa kekasih bekas suaminya tidak mahu mempunyai anak tiri.
Lagi memilukan, punca penceraian mereka juga disebabkan wanita tersebut yang menjalani hubungan cinta ketika mereka masih berkahwin.
Selepas diceraikan, hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada bekas isterinya manakala yang bongsu pula djaga oleh suspek hingga berusia 6 tahun.
Chen tidak menyangka permintaan bekas suaminya yang mahu menjaga anak perempuan mereka pada hari kejadian rupa-rupanya menjadi hari terakhir buatnya.
“Pada saat saya mendengar dua anak sebenarnya dicampak dari tingkat 15 oleh bapanya sendiri, saat itu saya sukar untuk menggambarkan perasaan berkecamuk.
“Saya tidak boleh membayangkan apa perasaan anak-anak ketika itu. Adakah mereka terdesak? Takut?,” soalnya seperti dalam laporan itu.
Baca juga Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...
Jika merujuk laporan media tempatan, suspek dikatakan sudah mengaku bersalah kerana merancang pembunuhan anaknya bersama kekasihnya.
Pada saat perbicaraan berlangsung, Zhang dikatakan menangis dan meminta maaf atas perbuatannya, manakala kekasihnya menafikan tuduhan terbabit.
Akhirnya pada 28 Disember lalu, Zhang dihukum mati kerana membunuh kedua anaknya, sementara kekasihnya juga menerima hukuman sama.
Melihat foto kanak-kanak comel tersebut membuatkan ramai pilu.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Siapa pun tidak menyangka, nyawa mereka melayang gara-gara bapa kandung sendiri yang sepatutnya menjadi pelindung.
Moga insiden malang ini memberi pengajaran buat semua. #kitalaluibersama #kitajagakita
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang