Gadis kemaruk suntikan filler demi bibir terbesar di dunia
FILLER bibir adalah prosedur kosmetik yang dapat menjadikan bibir kelihatan lebih tebal dan mungil.
Seperti gadis ini yang menjadi viral kerana penampilan bibirnya yang luar biasa, tebal berkali ganda dek kerana filler bibir.
Andrea Emilova Ivanova, 22, seorang pelajar dari Sofia, Bulgaria telah menjalani suntikan pengisi bibir asid hyaluronik walaupun telah diberi amaran oleh doktor.
Menurut laporan Tribunnews, oleh kerana ketagih, gadis itu sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan bibir terbesar dunia dan baharuselesai melakukan suntikan filler ke-21.
Doktor mengatakan bahawa bibir Andrea sudah banyak filler dan memberi amaran kepadanya untuk menghentikan suntikan filler itu.
Andrea berkongsi potret bibir terbarunya dengan 62,100 ribu pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Dia mengakui dirinya "barbie kehidupan sebenar" yang telah mengambil ribuan suntikan untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia.
"Dua minggu yang lalu, saya melakukan suntikan ke-21 kerana saya ingin mengekalkan bentuk bibir dan menjadikannya kelihatan lebih tebal."Asid hyaluronik akan berkurangan dalam tubuh beberapa bulan dan bibir saya akan mengecut dan kecil, jadi saya terus menambahkannya secara berkala agar tetap tebal," jelas Andrea.
Artikel berkaitan: Remaja 19 tahun ditemui lumpuh dan berdarah… Tak sangka ini yang terjadi
Andrea telah menyuntik begitu banyak filler asid hyaluronik ke bibirnya sehingga bibir atasnya hampir menyentuh hidung.
Menurut Andrea, doktor turut menyuarakan kebimbangan akan dapat komplikasi dan meminta mengeluarkan sebahagian filler itu.
Namun, Andrea tetap berkeras untuk terus menjalani suntikan di bibirnya dan tidak menghiraukan amaran doktor kerana dia tidak merasakan kesan sampingan.
"Tetapi saya dengan tegas menolak dan memberitahunya bahawa saya akan terus membesarkan bibir.
Pelajar falsafah itu mengakui bahawa dia sangat menyukai bibir yang tebal dan tidak akan kembalikan pada saiz normal.
Andrea membayar £ 135 atau sekitar (RM559.96) untuk setiap rawatan filler dan mengatakan bahawa dia sudah lupa berapa banyak filler dibibirnya.
Itu bererti dia menghabiskan £ 2,835 atau sekitar (RM11,759) untuk suntikan filler dalam 21 jumlah prosedur.
Andrea mula mendapat suntikan pada tahun 2018 dan mengatakan dia mendapat pujian daripada peminat mengenai bibirnya yang tebal itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang