'Impian hidup ingin ke Makkah.' Tunai umrah bersama Mike Tyson, DJ Khaled menangis di depan Kaabah
'Impian hidup ingin ke Makkah.' Tunai umrah bersama Mike Tyson, DJ Khaled menangis di depan Kaabah
BERPELUANG menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup menjadi impian setiap umat Islam.
Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kegembiraan seandainya peluang itu datang menerp.
Demikian juga yang dirasai oleh komposer yang juga penyanyi terkenal antarabangsa, DJ Khaled.
Menerusi media sosial Instagramnya, pemilik nama sebenar, Khaled Mohammed Khaled yang juga seorang penyanyi rap Amerika Syarikat mengakui sudah lama ingin ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Bahkan, akuinya, itu adalah impian terbesar yang ingin dikecapinya dalam hidup.
"Sebaik saja menjejakkan kaki ke kawasan Makkah, air mata kegembiraan saya mengalir. Memang impian hidup saya untuk ke Makkah dan beribadah serta meluahkan rasa syukur kepada ALLAH," ujar penyanyi lagu I’m The One itu lagi dengan nada penuh emosi.
MENAHAN SEBAK
Pada masa sama, penyanyi rap berusia 47 tahun tersebut turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama-sama dengan legenda tinju dunia tersohor, Mike Tyson.
Baca ni Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia
Sebaik menghadiri Festival Filem Laut Merah, beliau dan Tyson terus ke Tanah Suci.
Menariknya, dalam reels Instagram yang dimuat naik, mereka berdua berpakaian ihram. Turut sama mengerjakan ibadat mulia berkenaan ialah bapa Tyson.
Paling menyentuh perasaan, DJ Khaledd dilihat seperti tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
Doanya juga amat mengharukan ramai. Beliau antara lain mengucapkan: "Saya berdoa untuk dunia agar lebih banyak kasih sayang, kehidupan yang lebih tenang dan bahagia, kesihatan yang baik serta kita sentiasa dilindungi. ALLAH MAHA HEBAT. Semoga diberkati saudara saya, Tyson."
View this post on Instagram
Doa kita moga kedua-duanya mendapat umrah yang mabrur.
Sumber: Instagram djkhaled
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang