Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi

KEJAYAAN seseorang lelaki, pasti ada wanita yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.

Demikian juga kisah pemain bola sepak terkenal Argentina, Lionel Messi yang mempunyai Antonella Roccuzzo sebagai penyokong utama yang juga isterinya kini.

Mendapat jolokan wanita pertama bola sepak oleh majalah selebriti sebelum ini, sosok tinggi lampai itu cukup bertuah menjadi pilihan hati pemain handalan yang cukup terkenal di serata dunia.

Seperti dilaporkan oleh Daily Mail UK, pemain kelab Paris Saint-Germain tersebut dikatakan jatuh cinta pandang pertama dengan Roccuzzo ketika mereka bertemu pada usia sembilan tahun lagi!

Wanita berkenaan ialah sepupu kepada sahabat Messi dan mereka telah berkawan rapat sejak usia muda lagi.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Meskipun beliau berhijrah ke Sepanyol pada umur 13 tahun untuk menyertai pasukan Barcelona, namun hubungan mereka tidak putus begitu sahaja.

Telefon dan surat menjadi penghubung buat merpati sejoli itu.

LATAR BELAKANG

Menyingkap latar belakang wanita berkenaan, bapanya yang dikenali sebagai Jose ialah pemilik rangkaian pasar raya, Unico dan bekas presiden persatuan rangkaian pemilik pasar raya serantau.

Lelaki tersebut juga merupakan peminat kelab Newell’s Old Boys iaitu sebuah kelab yang disertai Messi ketika zaman kanak-kanak di Rosario. Wah! Memang secara kebetulan, bukan?

Roccuzzo pernah menjadi model separuh masa untuk mengumpul wang tambahan ketika sedang belajar sebelum berpindah ke Barcelona untuk hidup bersama-sama Messi.

Beliau dikatakan sering dipuji oleh rakan-rakan yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bijak, tenang dan menarik.

Pasangan tersebut mula menjalin hubungan cinta sekitar tahun 2008. Mereka kemudiannya memperoleh dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo.

Pada tanggal 30 Jun 2017, mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Selepas itu, lahirlah Ciro.

Mereka memilih Rosario (Santa Fe) sebagai lokasi perkahwinan kerana destinasi itu merupakan tempat Messi membesar dan mengembangkan bakat bola sepaknya.

Sudah resam menjadi orang popular, majlis penyatuan itu dihadiri beberapa pemain bola sepak terkenal seperti Charles Puyol, Cesc Fabregas, Samuel Eto’o, Luis Suarez, Jordi Alba, Sergio Busquets, Javier Mascherano, Sergio Aguero dan ramai lagi.

Akhbar paling terkenal di Argentina, Clarin ‘mengisytiharkan’ perkahwinan itu sebagai Wedding Of The Year dan Wedding Of The Century.

Baca ni Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

SUKA KEHIDUPAN LOW PROFILE

Iklan

Biarpun tidak memiliki kerjaya sepertimana kebanyakan isteri pemain bola sepak terkenal dunia lain, Roccuzzo dianggap sebagai individu paling penting dan sentiasa berada di sisi Messi dalam apa jua keadaan.

Dalam pada itu, jika isteri pemain bola sepak terkemuka lain sukakan kehidupan mewah, berbeza dengan ibu kepada tiga cahaya mata itu yang sukakan kehidupan yang low profile.

Menyentuh tentang caranya mendidik anak-anak, Roccuzzo yang memiliki pengikut seramai 22 juta menerusi laman Instagram dilabelkan seorang ibu yang tegas.

Beliau sama sekali tidak membiarkan kesemua cahaya matanya berkelakuan kurang menyenang di depan khalayak ramai.

Ketika hadir menyaksikan perlawanan Messi sebelum itu, anak keduanya, Mateo yang kini sudah berusia tujuh tahun membaling gula-gula getah ke arah peminat ketika Argentina menewaskan Australia 2-1.

Perbuatan berkenaan lantas mendapat teguran ibunya.

SinarPlus tabik dengan sikap tegas yang ditunjukkan Roccuzzo dalam mengasuh anak-anaknya.

Walaupun berstatus isteri kepada pemain bola sepak terkenal, namun beliau tidak membiarkan si kecil berbuat sesuka hati.

Iklan

Sebelum itu, jika anda tertanya bagaimana Roccuzzo menjaga bentuk badannya yang menawan dan tampil cergas, wanita tersebut mendedahkan dirinya dengan sukan tinju serta beberapa aktiviti senaman lain.

Selain itu, beliau juga aktif dalam sukan mempertahankan diri.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Sumber: dailymail.co.uk, thesun.co.uk & Instagram antonelaroccuzzo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.