Jijik! Wanita menemui gigi manusia dalam hidangan fish and chips
ZAMAN sekarang ramai antara kita memilih untuk membeli makanan di luar berbanding memasak sendiri
mungkin kerana kekangan masa atau telah penat seharian bekerja.
Selain itu, terdapat banyak gerai dan restoran di setiap tempat serta ada yang beroperasi sehingga
24 jam turut menjadi faktor utama orang ramai memilih untuk membeli.
Namun, sama ada memasak sendiri atau hanya membeli, keduanya ada kebaikan serta keburukan.
Seperti yang terjadi kepada seorang wanita di Singapura ini yang melalui detik ngeri apabilamenjumpai gigi manusia dalam hidangan fish and chips yang dibelinya di sebuah restoran makanan
segera.
Wanita yang enggan dikenali namanya itu berkata, perkara tersebut membuatkan dirinya mual dan jijik ketika mengeluarkan gigi tersebut daripada mulutnya.
Menurut laporan Daily Star, wanita tersebut bersama rakannya memesan hidangan fish and chips di
sebuah restoran terkenal.
Setelah menerima makanan itu, dia mula memakan beberapa keping kentang goreng. Kemudian dia
meneruskan dengan memakan kepingan ikan goreng yang disaluti tepung.
Ketika dia memakan ikan itu, giginya tiba-tiba mengunyah sesuatu yang keras.
Dia kemudian meludahkan objek keras dan rakannya menunjukkan bahawa ia kelihatan seperti gigimanusia yang telah berubah menjadi kuning.
Wanita itu membeli makanan di Hougang Avenue 5 dan berkongsi gambar di Facebook pada 6 Julai 2021.
Namun kini dia telah memadam perkongsiannya setelah mendapat pampasan dan permohonan maaf dari
restoran tersebut.
Sebelum memadam perkongsian itu, wanita malang itu mengatakan bahawa dia menyedari sesuatu yang
ganjil pada gigitan makanannya yang kedua.
Dia kemudian mengembalikan makanan itu dan ditawari makanan lain sebagai ganti namun dia berkeras
meminta pengembalian wang.
Wanita itu mengatakan kakitangan di situ terkejut dengan penemuan itu namun akur mengembalikan wang
tersebut.
Sementara itu, pemilik restoran tersebut telah menghubungi wanita itu meminta maaf dan mengatakan
dia akan melakukan siasatan dalaman terhadap kejadian tersebut.
Baca juga Terpaksa guna jentera pengorek gali kubur, Indonesia catat lebih 9,000 kematian sehari
Dia mengatakan gigi itu bukan milik dua stafnya yang bertugas ketika itu. Dia juga sedang menyiasatdengan pembekal makanan untuk mencuba mengetahui lebih banyak maklumat.
Pemilik restoran itu juga tidak menolak kemungkinan berlaku tindakan orang yang tidak
bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama, pihak restoran sedang mempertimbangkan untuk menghantar gigi tersebut untuk
ujian DNA bagi mengetahui siapa miliknya.
Jadi, hati-hati ya korang jika membeli makanan di luar.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang