Terpaksa guna jentera pengorek gali kubur, Indonesia catat lebih 9,000 kematian sehari

A
A
A

GELOMBANG penularan jangkitan Covid-19 di negara jiran, Indonesia semakin meningkat hari demi hari.

Buktinya, dalam tempoh 24 sahaja negara itu mencatatkan lonjakan sebanyak 34,379 kes baharu yang mana angka tersebut paling tertinggi setakat ini.

Lebih membimbangkan apabila kes jangkitan tidak menunjukkan sebarang penurunan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan wabak Covid-19 di Indonesia mencecah 2.35 juta kes.

Bahkan, sebanyak 9,000 kematian direkodkan dalam sehari.

Baca juga Kematian Demi Kematian. Perkuburan Khas Covid-19, Kota Damansara Cecah 98 Sehari

Baru-baru ini tular di laman sosial rakaman video yang memaparkan para petugas sedang bertungkus-lumus menyempurnakan pengebumian jenazah Covid-19 di sebuah tanah perkuburan dikatakan di Rototan, Jakarta.

Apa yang menyedihkan turut kelihatan ahli keluarga mangsa beratur sambil memegang batu nisan untuk menunggu giliran liang lahad dikorek.

Pada satu tahap, bagi menjimatkan masa pihak pengurusan jenazah terpaksa menggunakan khidmat bantuan jentera pengorek tanah untuk menggali kubur.

Maklumlah, berhadapan situasi getir seumpama ini kudrat penggali kubur mungkin tidak mampu untuk menyediakan bilangan liang lahad yang terlampau banyak.

Semoga mereka yang kehilangan ahli keluarga disebabkan jangkitan Covid-19 terus tabah dan kuat.

Kita masih belum menang, maka semua pihak harus memainkan peranan #kitajagakita supaya Malaysia segera pulih daripada serangan koronavirus.

Baca juga Lebih 24 Jam Baru Kebumi Dek Ikut ‘Office Hour’, Kuota Dan Terpaksa Rayu Lot Kubur, Skuad Urus Jenazah Covid-19 Dedah Cabaran Birokrasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang