Kanak-kanak 3 tahun maut dijumpai dalam mesin basuh, ini panduan ibu bapa
KANAK-KANAK mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itu mereka selalunya tak tahu erti bahaya dan meletakkan diri mereka dalam keadaan tersebut.
Seperti satu kes Khamis lalu, seorang kanak-kanak maut akibat lemas dalam mesin basuh di Paris.
Menurut laporan akhbar Le Parisien, pihak berkuasa Paris membuat siasatan pada Jumaat lepas terhadap kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya itu.
Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.
Pada mulanya, kehilangan kanak-kanak itu hanya disedari ketika ibu bapanya makan malam bersama salah seorang anak mereka yang lain.
Pada akhir makan malam itu, akibat bimbang terhadap kanak-kanak itu, ibu, bapa dan ahli keluarga lain pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen serta turut meminta bantuan jiran.
Bagaimanapun, mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Malangnya, kanak-kanak tersebut sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).
Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.
Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Kanak-kanak maut dalam mesin basuh mengajar kita tentang keselamatan di dalam rumah.
Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat semua ibu bapa tentang betapa pantasnya anak-anak boleh terlibat dalam kemalangan.
Justeru ibu bapa ambillah langkah-langkah keselamatan ini untuk anak-anak;
1. Tutup laluan ke dapur. Dapur mempunyai banyak barang yang berbahaya untuk si kecil.
2. Semua almari di rumah lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan berbahaya patut dikunci.
3. Mesin basuh, microwave, peti sejuk dan oven sepatutnya menjadi tempat larangan untuk anak-anak.
Baca juga Dikecam netizen anggap Charles & Keith item mewah, pengasas brand ajak jumpa, siap beri hadiah lagi!
4. Ikat atau lekatkan perabot yang berat untuk elakkan daru jatuh atas anak.
5. Letakkan pagar keselamatan kanak-kanak di atas dan bawah tangga.
6. Jauhkan air atau makanan panas dari anak-anak
Sumber: MailOnline, Le Parisien
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang