GARA-GARA mahu cari duit lebih, seorang wanita di Jawa Tengah, Indonesia sanggup menjadi orang tengah untuk urusan jual beli bayi!

Tindakan licik Lestariningsih atau dikenali dengan nama Lia yang cuba mengambil untung atas angin itu berjaya dipatahkan pihak polis.

Lapor Kompas, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan sudah dikesan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia sejak November tahun lepas.

Apa yang lebih mengejutkan, aktiviti jual bayi tersebut adalah bisnes kedua yang dijalankan melibatkan platform media sosial.

Maknanya, sebelum ini wanita tersebut sudah berjaya menjual bayi yang tidak berdosa kepada individu tak dikenali.

Bayi pertama dijual pada harga lebih kurang RM3,718 kepada seorang penduduk di Kabupaten Demak, Jawa Tengah.

jual bayi

Lia yang bertindak sebagai ejen kemudian menjadi semakin tamak apabila menawarkan seorang lagi bayi yang dinamakan ‘4dopt3r 4m4nh4h’ melalui platform WhatsApp.

Bayi tersebut hanya dikatakan baru berusia sehari itu mahu dijual pada harga dianggarkan RM6,008.

KANTOI

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Selicik-licik Lia, akhirnya kegiatan suspek berjaya dihidu pihak polis apabila cubaan kali kedua gagal.

jual bayi

Urus niaga yang mahu dijalankan di sebuah hotel di Kabupaten Klaten tidak berjaya selepas pihak polis melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Ketika ditahan pihak berkuasa, wanita tersebut mengaku menginap di hotel berkenaan kerana mahu mencari seseorang yang mahu membeli bayi malang tersebut.

jual bayi

Lapor portal tersebut, disebabkan suami suspek enggan menerima kehadiran bayi itu di rumah mereka, Lia terpaksa mencari hotel bajet untuk tinggal sementara waktu.

Menyesal dengan perbuatan terkutuk itu, wanita terbabit berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama lagi.

Baca juga ‘Geng Nana’ sindiket jual bayi RM12,000 aktif di Instagram berjaya ditumpas, 9 fakta berkaitan

Sementara itu, pihak polis dalam satu kenyataan memberitahu, operasi serbuan yang dilakukan di hotel terbabit pada awalnya bukanlah disasarkan kepada wanita berkenaan.

jual bayi

Iklan

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Anak Wilayah Klaten, Inspektor Febryanti Mulyadi berkata, pemeriksaan dibuat ke atas wanita itu membuatkan pihak polis curiga.

Ini kerana kad pengenalan suspek tidak sama dengan info yang dikongsikan pada surat beranak bayi berkenaan.

Baca juga Tergamaknya, ibu jual anak 7 tahun RM20,000 untuk bayar hutang

jual bayi

Selepas diasak dengan banyak soalan, barulah wanita itu mengaku mahu menjual bayi berkenaan kepada pelanggannya.

Nasib baiklah bayi itu dapat diselamatkan sebelum menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Iklan

Baca juga Terpaksa jual anak demi survival hidup, kisah keluarga ini membuatkan ramai tergamam

Meskipun niatnya agak baik kerana cuba membantu pasangan yang memerlukan anak, namun matlamat tidak menghalalkan cara.

jual bayi

Moga insiden seperti tu dapat memberi iktibar kepada semua di sini.

Bagi mereka yang sedang mencari anak angkat atau sebagainya, gunalah saluran yang betul bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi