Kanak-kanak Melayu sediakan kek ‘sate’ tarik perhatian juri rancangan masakan terkenal UK
RANCANGAN televisyen British Junior Bake Off 2022 ke udara musim ketujuh membariskan 16 orang peserta berusia sembilan hingga 15 tahun.
Salah seorang daripadanya ialah kanak-kanak Melayu bernama Aisya Syahrul, 12.
Baru-baru ini menerusi laman sosial Twitter rasmi, British Junior Bake Off menampilkan kek hasil kreativiti Aisya yang dihias bertemakan sajian Malaysia iaitu Sate Ayam.
Looking to fool some dinner party guests? Make some trick chicken satay! Nice work, Aisya. #GBBOpic.twitter.com/8Y6YCsMDv9
— British Bake Off (@BritishBakeOff) ?ref_src=twsrc%5Etfw">January 20, 2022
Ia dihasilkan dalam cabaran bertemakan ‘Dessert Imposter’ yang mana Aisya menghasilkan kek span ‘genoise’ bersama hiasan berupa biskut yang dibentuk sebagai sate ayam.
Tidak hanya itu, sajian pelengkap sate iaitu kuah kacang turut dihasilkan daripada sos karamel yang ditabur kacang. Tidak ketinggalan hiasan timun dan bawang yang diperbuat daripada fondant.
Juri tertarik dengan sajian yang dihasilkan Aisya memberikan komen bahawa dia begitu teliti dalam penyediaan.
Baca juga: RM8,000 Melayang, Anak 2 Tahun Main Telefon Ibu, Bayar Barang Dalam ‘Shopping Cart Online’
Tidak hanya cantik semata-mata, juri turut mendapati rasa kek tersebut mempunyai inti karamel yang menjadikan ia lebih lazat.
Susulan kreativitinya di dalam episod itu, Aisya melayakkan diri ke episod akhir yang bakal ditayangkan 28 Januari ini.
5 FAKTA MENGENAI AISYA SYAHRUL
Baca juga: Kenang Jasa Cikgu Matematik, Alumni TKC Hadiahkan Perodua Aruz Dibayar ‘Lump-Sum’ Sempena Persaraan
Jom kita mengenali lebih dekat peserta Junior Bake Off 2022 ini. Berikut lima fakta mengenai Aisya yang disiarkan menerusi laman web rasmi Great British Junior Bake Off:
1-Aisya tinggal di Manchester dan mempunyai dua orang adik beradik.
2-Kenangan terawalnya dalam bidang masakan adalah bersama ibu yang mengajar Aisya cara membuat karipap.
3-Aisya suka memasukkan warisannya ke dalam masakannya menggunakan perisa dan bahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di khemah Great British Junior Bake Off.
4-Dia juga sering mengambil petua masakan daripada neneknya di Malaysia yang sering dihubungi menerusi panggilan video
5- Aisya mempunyai kemahiran bermain alat muzik piano tahap empat.
It's FINALS WEEK!
Aisya, Fraser, Gabriel and Salma will join Kezia, Lola, Macy and Quique to do baking battle. Monday at 5pm on @Channel4. #GBBOpic.twitter.com/EVBFUSarrR
— British Bake Off (@BritishBakeOff) ?ref_src=twsrc%5Etfw">January 21, 2022
Juara musim ini akan membawa pulang trofi berbentuk ‘cake stand’ dan gelaran Junior Bake Off 2022.
Junior Bake Off mula ditayangkan pada tahun 2011 adalah spin-off daripada rancangan popular The Great British Bake Off.
Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Great British Bake Off, Twitter British Bake Off
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang