Manusia miliki ekor sepanjang 0.6 meter, kisah remaja dari India ini mengejutkan dunia
PELIK tapi benar. Seorang remaja di India mengejutkan dunia apabila memiliki ekor sepanjang 0.6 meter.
Apa lebih menghairankan, gumpalan rambut yang mula tumbuh di bahagian belakang badan itu semakin lama semakin panjang.
Lapor Daily Star, kisah Suresh mendapat perhatian ramai selepas pendedahan tersebut dibuat baru-baru ini.
Malah, terdapat segelintir pihak memberi jolokan 'Tuhan Monyet' mengikut kepercayaan masing-masing.
Pun demikian, remaja berusia 14 tahun itu tidak senang dengan kewujudan 'ekor' berkenaan.
Bukan saja menjadi bahan ejekan orang, malah beliau takut dengan persepsi orang seolah-olah dirinya bukan manusia normal.
Memetik portal tersebut lagi, Suresh berkata, kewujudan 'benda' tersebut amat menjengkelkan dan menyusahkan kehidupan sehariannya.
Tidak kira mahu tidur atau berpakaian, bagi remaja berkenaan semua itu amat merengsakan kerana tidak selesa.
"Saya akan rasa sakit bila duduk atau bangun. Susah nak pakai seluar sebab ada benjolan pada bahagian belakang badan.
Baca juga Ibu pelik kulit anak tiba-tiba bertukar kuning, rupanya makan terlalu banyak limau
"Kadang-kadang, keadaan ini membuatkan saya stres dan sukar untuk fokus dalam pelajaran," katanya.
MASALAH GENETIK
Tidak mahu kemelut tersebut terus menghantui hidupnya, Suresh juga dikatakan turut mendapatkan pandangan pakar.
Namun, rata-rata doktor mengesahkan bahawa 'ekor' tersebut adalah masalah genetik yang jarang berlaku di dunia.
Pada masa sama, pakar juga berpandangan ia berpunca daripada kekurangan nutrien semasa dalam kandungan lagi.
Kelainan tersebut bagaimanapun dikatakan tidak boleh dibuang atas faktor tertentu.
Nak dijadikan cerita, gumpalan rambut tersebut sebelum ini pernah dipotong ketika usianya lima tahun.
Baca juga Maut ditanduk, kambing kena penjara, pelik tapi benar
Bapa Suresh dikatakan yang berbuat demikian. Akibatnya, si kecil itu jatuh sakit.
Melihat keadaan budak lelaki itu, memang kasihan kerana setakat ini, tiada prosedur sesuai untuk membantunya.
Mungkin bagi orang lain, ia satu keunikan yang jarang-jarang ditemui. Namun empunya diri yang menanggung derita.
Moga ada kaedah terbaik untuk merawat Suresh memandangkan teknologi perubatan dunia semakin hebat.
Apa pun, memang rare kisah adik dari India itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang