SETIAP ibu cepat mengenal pasti kelainan pada anak. Penglihatan selalu tajam melihat perubahan pada si kecil lebih-lebih lagi jika melibatkan fizikal seperti warna kulit.

Seorang wanita, Charlotte Travers, 32, dari Paignton, Devon,United Kingdom membawa anaknya ke hospital setelah mendapati kelainan pada kulit.

Thomas Travers, 6, dikejarkan Charlotte ke hospital setelah mendapati selepas melihat kulit anaknya itu bertukar menjadi kuning.

Baca juga: Rela habiskan 160 biji limau dalam 30 minit semata-mata nak elak caj bagasi

“Kulit beliau (Thomas) mula bertukar kuning. Saya agak risau kerana ia boleh menjadi petanda kegagalan buah pinggang atau hati.

“Ketika temu janji, doktor beritahu simptom utama kegagalan buah pinggang adalah bebola mata menjadi kuning. Namun tanda itu tidak dialami Thomas.

“Thomas juga menjalani ujian darah tetapi keputusannya normal,” kata Charlotte.

Ujian perubatan tidak menunjukkan apa-apa yang bahaya tetapi menunjukkan tahap beta karotena yang luar biasa tinggi. Beta karotena iaitu vitamin yang terdapat dalam makanan berwarna jingga kekuningan.

Alangkah terkejutnya pekerja khidmat sosial itu rupanya tabiat Thomas yang terlalu menggemari pelbagai jenis limau termasuk limau mandarin menjadi punca.

Baca juga: Sakit tekak, batuk ketika makan buah limau Mandarin? Ini cara terbaik untuk buang bahan pengawet

Malah, Charlotte mendedahkan Thomas boleh menghabiskan satu pek limau dalam masa sehari!

 

Berikutan kejadian itu, keluarga itu berseloroh mengatakan Thomas sebagai ahli keluarga Simpson sementelah watak kartun yang terkenal itu dengan berkulit kuning.

Wanita berusia 32 tahun itu pernah memberitahu doktor tentang diet anaknya tetapi tidak pernah menyangka oren boleh menyebabkan perkara seperti itu terjadi.

“Saya memberitahu doktor tentang diet  pemakanan Thomas, dia menyukai buah-buahan, sayur-sayuran dan keju,” katanya.

Keadaan kulit bertukar kekuningan atau karotenemia yang dialami Thomas tidak berbahaya.

Iklan

Baca juga: Makan limau Mandarin boleh batuk? Ini cara betul nak menikmatinya

Bagaimanapun, kulitnya hanya akan kembali kepada warna normal dalam masa beberapa bulan.

Tiada impak negatif yang diketahui berkaitan dengan pengambilan terlalu banyak Beta karotena.

Beta karotena juga sebahagian daripada diet seimbang dan ia bermanfaat. ‘Beta karotena‘ (beta-carotene) ialah sejenis antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan mata.

Menariknya perkataan Beta karotena itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada lobak merah atau dalam bahasa Inggeris sebagai carrot.

Iklan

Tubuh manusia berupaya menukar Beta karotena kepada vitamin A yang membantu sistem imun, mata dan kulit.

Telah terbukti secara saintifik bahawa mengambil makanan mengandungi Beta karotena dalam kuantiti yang banyak makanan seperti lobak merah, ubi keledek, labu, aprikot kering dan limau boleh menyebabkan kulit menjadi kuning secara luar biasa.

Baca juga: Sayur, buah berwarna kuning dan jingga punyai antioksidan bantu rawat mata rabun

Sumber: Daily Mail, Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi