KEMATIAN seorang wanita telah menyebabkan seekor kambing biri-biri dipenjara. Ya, kambing dipenjara bukannya manusia.

Pelik tapi benar, itulah yang berlaku di Sudan Selatan apabila seekor kambing disabitkan dengan kesalahan jenayah kerana menanduk seorang wanita bertalu-talu sehingga menyebabkan kematian.

Menurut laporan Daily Star, mahkamah mengarahkan pengembala kambing itu menyerahkan lima ekor kambing kepada keluarga mangsa sebagai ganti atas kematian wanita berusia 45 tahun itu.

Difahamkan, sebagai hukuman kambing itu bakal dipenjarakan selama tiga tahun di kem tentera selepas hukuman dijatuhi oleh pemimpin tradisional Sudan Selatan.

Tiada siapa menyangka kambing itu mampu bertindak sedemikian rupa kerana umum mengetahui bahawa kambing merupakan haiwan yang jinak dan mudah untuk didekati.

Baca juga: [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

Kes haiwan dipenjara mungkin kedengaran aneh namun, ini bukan pertama kalinya berlaku, berikut kes haiwan ditahan:

1. Seekor burung merpati ditangkap kerana disyaki menjadi pengintip.

Kes berlaku pada tahun 2015 di India, apabila burung terbabit mendarat di sebuah perkampungan yang bersempadan dengan Pakistan. Difahamkan, burung merpati itu ditangkap kerana di tubuh haiwan berkenaan dilekatkan dengan mesej dalam bahasa Urdu iaitu bahasa rasmi Pakistan.

India dan juga Pakistan mempunyai masalah perebutan wilayah dan pernah berlaku peperangan di antara kedua-dua negara tersebut.

2. Memerang merosakkan pusat membeli-belah sempena Hari Natal.

Kejadian berlaku pada tahun 2016 di St Mary’s County, Maryland apabila memerang membaling barangan ke lantai. Haiwan terbabit telah ditangkap sebelum diserahkan ke pusat perhilitan hidupan liar.

3. Burung kakak tua menghina seorang ibu tiri

Kejadian berlaku di India pada tahun 2015, apabila seekor burung yang ‘bermulut laser’ kerana telah memaki hamun seorang wanita tua. Burung berkenaan telah ditangkap dan disiasat oleh pihak polis.

Iklan

4. Seekor tupai menghendap wanita Jerman

Kejadian berlaku pada tahun 2015, di Barat Jerman apabila seorang wanita menyedari bahawa dia dihendap oleh ‘pengikut berbulu’. Haiwan itu mengejar wanita berkenaan dan bertindak agresif sehinggakan pihak polis terpaksa menangkapnya sebelum menyerahkan ke pusat penyelamat haiwan.

5. Monyet tapi bertindak seperti penjenayah

Iklan

Pada tahun 2004, monyet ‘nakal’ yang bertindak seperti penyangak telah mengganas di wilayah Punjab Utara India. Haiwan terbabit dikatakan mencuri, mengoyak butang baju, mengugut kanak-kanak. Monyet ini kemudiannya ditangkap dan dipenjarakan di ‘penjara monyet’.

Sumber: Mental Floss

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI