Pemilik Chelsea ‘buta sementara’ akibat diracun, berikut merupakan gejala dan bantuan untuk orang keracunan
BARU-baru ini pemilik Chelsea, Roman Abromovich dan tiga pegawai rundingan Ukraine mengalami gejala keracunan setelah menghadiri perjumpaan damai bersama Rusia di Kyiv.
Menurut laporan The Wall Street Journal (TWSJ), perjumpaan pada 3 Mac lalu telah menyebabkan mereka mengalami kemerahan di mata, kulit mengelupas di muka dan tangan sehingga menyebabkan kesakitan berpanjangan.
Rentetan itu, Roman Abromovich berhadapan situasi ‘buta sementara’ selama beberapa jam dan dia juga mengalami masalah untuk makan.
Keracunan boleh meragut nyawa sekiranya tidak diberikan bantuan kecemasan yang sesuai.
Secara harfiah, keracunan bukanlah sejenis penyakit tetapi ia disebabkan oleh makanan yang mengandungi toksik, udara tercemar dengan gas beracun serta penggunaan ubat yang berlebih.
Berikut merupakan tanda dan kaedah yang boleh anda gunakan sewaktu mengalami keracunan.
Keracunan makanan
Menurut Portal MyHealth punca keracunan makanan disebabkan oleh makanan yang mengandungi:
Bakteria atau racun (toksin).
- Bahan kimia seperti racun serangga atau racun rumpai laut.
- Logam berat seperti plumbum, tembaga atau raksa.
- Tumbuhan dan hasil laut bercengkerang yang beracun seperti kerang.
Seseorang yang mengidap keracunan makanan akan mengalami gejala seperti muntah-muntah, cirit-birit, loya, sakit perut, sakit kepala, demam dan keletihan.
Jika anda mengalami gejala berikut pastikan anda menerima rawatan yang sepatutnya. Antara kaedah bantuan cemas yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:
- Minum minuman yang tinggi dengan elektrolit seperti air kelapa, susu dan jus tembikai.
- Mengambil lavage gastrik untuk menghilangkan racun di dalam perut.
- Membekalkan oksigen.
Keracunan gas karbon monoksida
Seseorang yang mengalami keracunan gas karbon monoksida akibat pendedahan kepada gas beracun yang terlalu lama yang mungkin disebabkan oleh kebocoran saluran gas.
Antara gejala akibat terhidu gas beracun adalah seperti sakit kepala, mual, pening, muntah, sakit dada, susah bernafas, sawan dan tidak sedarkan diri (koma).
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi kebocoran gas beracun pastikan anda bertindak seperti berikut:
- Buka semua tingkap.
- Keluar daripada tempat tertutup.
- Tutup segala peralatan yang mengeluarkan haba (api).
- Kekal tenang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Gigitan ular berbisa
Gigitan ular berbisa boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera. Di Malaysia terdapat beberapa ular berbisa yang sering ditemui oleh manusia antaranya ular kapak, ular tedung, ular krait dan ular laut.
Individu yang digigit ular berbisa mungkin mengalami reaksi berbeza kerana bisa ular bertindak melalui tiga cara iaitu melalui toksin darah, toksin jantung dan toksin saraf.
Sekiranya anda dipatuk oleh ular berbisa, anda akan mengalami gejala seperti sakit setempat, bengkak, perubahan warna kulit pada kawasan patukan, lemah, muntah, pening kepala dan kekejangan.
Berikut merupakan cara yang boleh anda lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi patukan ular berbisa.
Jangan panik.
- Jangan gosok kawasan yang dipatuk untuk mengelakkan racun dari merebak.
- Pastikan kawasan anggota yang dipatuk itu berada dalam kedudukan normal dan sama paras dengan jantung.
- Basuh kawasan anggota yang terjejas dengan segera.
- Jangan cuba untuk menghisap atau memotong kesan patukan.
- Hentikan pendarahan dengan menggunakan kain bersih.
- Ambil gambar ular atau mengingati warna, bentuk ular tersebut.
- Hantar ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami keracunan kerana kesan daripada keracunan boleh menyebabkan anda kehilangan nyawa.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi keracunan pastikan diri anda tenang dan pergi ke hospital dengan segera untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanfaat.
Fakta menarik mengenai Roman Abromovich merupakan orang ke-142 yang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan USD$14.5 bilion (RM61.02 bilion).
Baca juga: Keracunan makanan: Doktor kongsi 7 cara elak bakteria Salmonella pada kulit telur
Baca juga: Tak Tidur Pun, Gadis Terselamat Keracunan Gas Dalam Kereta Jelaskan Kronologi Kejadian
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang