MUNGKIN ramai masih mengingati kisah tiga penuntut kolej meninggal dunia di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang.

Kes yang berlaku pada September 2020 itu mendapat perhatian ramai susulan pemergian tragis tiga penuntut kolej dalam sekelip mata.

Keempat-empat mereka difahamkan singgah ke stesen minyak itu untuk berehat ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kedah selepas bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Keratan Sinar Harian 18 September 2020

Rindu kepada kakak kembar dan dua rakan yang telah pergi mendorong satu-satunya mangsa yang selamat, Nor Aqilah Mohd Safwan, 22, mencoretkan kenangan di dalam sebuah video.

@qillmyname

Just to remember ‘)

♬ best buddies x traitor - ejaeja

Menerusi video yang dikongsikan, Nor Aqilah menjelaskan mereka berempat tidak melelapkan mata seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.

“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah.

“Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur, “ titipnya.

Baca juga: [VIDEO] ‘Auto’ menitik air mata, aksi pilu kanak-kanak enggan bapa keluar bertugas runtun hati warga maya

Mengingati kembali detik kejadian, menurut Aqilah, saudara kembarnya Nor Adilah (pemandu) tinggal seorang di dalam kereta selepas dia membantu rakan mereka, dan Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie membawa makanan dan minuman yang dibeli.

Kata Aqilah, selepas berkumpul semula di dalam kereta, mereka berempat berbual dan tiada seorang pun yang tertidur kerana tujuan asal berhenti adalah untuk makan sahaja.

Mengimbau kembali saat itu, katanya sepanjang koma dia bermimpi kakaknya, Nor Adilah memberitahu dia pengsan di sebuah pulau.

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Ayah Terjumpa Anak Tengah Kerja 'Drive-Thru' Bikin Ramai Jurai Air Mata

“Lepas masuk kereta, ada borak sekejap lepas itu tak ingat.

“Bangun buka mata sahaja sudah ada di hospital,” jelas Nor Aqilah.

“First thing yang keluar dari mulut saya “kakak di mana?,” katanya mengakui tidak mengingati apa yang terjadi semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU.

Sehinggalah dipindahkan ke wad biasa, baharulah bapanya memaklumkan berita duka bahawa kakak kembar dan dua rakan yang lain sudah tiada.

Iklan

“Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu reda meneruskan hidup. Al-Fatihah buat sahabat syurga saya,” titipnya.

@qillmyname Reply to @kamalakasyah ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

KERACUNAN GAS MONOKSIDA

Polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan terhidu gas karbon monoksida hingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ berfungsi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata keputusan itu berdasarkan laporan bedah siasat yang dimaklumkan kepada pihaknya.

Shafee berkata, laporan bedah siasat yang diterima pihaknya mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.

Jelasnya, kenderaan dinaiki empat sahabat berkenaan mengalami kebocoron di bahagian ekzos kereta hasil pemeriksaan seorang juruteknik.

Pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran kerana bahagian ekzos mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

Katanya, kebocoran itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas yang keluar dan masuk ke dalam kereta.

Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah Safwan atas kehilangan ini. Al-Fatihah.

Baca juga: Bahaya tidur dalam kereta walaupun dengan aircond terpasang

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Qill, Sinar Harian