Stadium Al-Bayt bakal jadi saksi juara bola sepak Piala Dunia 2022, ini 9 keunikannya

A
A
A

PIALA Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar menjadikan mereka negara Timur Tengah pertama menjadi tuan rumah.

Acara temasya sepak bola itu akan menggunakan lapan stadium yang setiap satunya terdiri daripada rekaan yang unik.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Stadium Al-Bayt terletak di bandar Al-Khor, Qatar ini dikatakan sangat cantik yang bakal menjadi saksi juara bola sepak Piala Dunia 2022.

Berikut sembilan keunikannya;

1. Stadium Al-Bayt, stadium kedua terbesar selepas Stadium Lusail itu mempunyai rekaan yang mengambil inspirasi dari bentuk khemah tradisional Bayt Al-sha’ar yang digunakan golongan nomad padang pasir.

2. Stadium Al-Bayt direka oleh Dar Al-Handasah.

3. Akan digunakan untuk acara pembukaan dan mampu menempatkan sehingga 60,000 orang penonton dengan bahagian atap diperbuat daripada bahan membran gentian kaca tenunan polytetrafluoroethylene (PTFE) bagi mengelakkan bahang panas.

4. Menariknya, bumbung stadium juga boleh ditutup bagi mengelakkan lagi pemain di padang dari kepanasan semasa perlawanan berlangsung.

5. Selepas temasya berakhir, kapasiti stadium akan dikurangkan 50 peratus dengan kerusi kemudiannya dipindahkan ke kemudahan sukan berhampiran yang memerlukan.

Stadium Al-Bayt bakal jadi saksi juara bola sepak Piala Dunia 2022, ini 9 keunikannya

6. Bangunan akan diubahsuai untuk menempatkan hotel, pusat membeli belah, dewan serba guna, gimnasium dan dewan makan bagi memastikan stadium akan dapat digunakan selepas berakhirnya Piala Dunia 2022.

7. Disambungkan kepada beberapa sistem pengangkutan, tempat letak kereta di stadium itu dapat memuatkan 6,000 kereta, 350 bas dan 150 bas perulangan yang datang dan pergi, serta 1,000 teksi.

Baca juga Foto bangkai zirafah baring tersangkut dalam lumpur menyayat hati, kemarau di Afrika ragut nyawa hidupan liar

8. Stadium Al-Bayt diperakui untuk kelayakan kemampanannya di bawah Sistem Penilaian Kelestarian Global (GSAS) untuk beberapa pensijilan yang mewakili reka bentuk dan binaan mampan, amalan pengurusan pembinaan dan kecekapan pusat tenaganya. Stadium ini juga menerima penarafan GSAS lima bintang.

9. Stadium itu juga akan merangkumi suite hotel mewah dan bilik dengan pemandangan balkoni ke padang bola.

Stadium Al-Bayt bakal jadi saksi juara bola sepak Piala Dunia 2022, ini 9 keunikannya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang