Foto bangkai zirafah baring tersangkut dalam lumpur menyayat hati, kemarau di Afrika ragut nyawa hidupan liar

A
A
A

GAMBAR sekumpulan zirafah terbaring tidak bernyawa selepas mereka tersangkut dalam lumpur di Kenya amat menyayat hati.

Bangkai enam ekor mamalia yang dipercayai sebuah keluarga itu ditemui dalam keadaan terbaring di habitatnya iaitu Konservansi Hidupan Liar Sabuli, Wajir baru-baru ini.

Tidak dapat dibayangkan situasi mereka ketika hampir dengan kematian, tentunya menderita kehausan dan tidak bermaya.

Punca kematian kumpulan zirafah itu dipercayai akibat tersangkut di dalam lumpur semasa cuba minum air dari takungan berhampiran yang hampir kering.

Susulan penemuan itu, pakar memberi amaran kemarau yang dialami oleh negara Afrika itu boleh membunuh 4,000 haiwan lain.

Pakar haiwan, Ibrahim Ali berkata haiwan sedang mengalami situasi teruk akibat kemarau yang dahsyat.

Baca juga: Wanita Terengganu Dakwa Temui Muntah Ikan Paus, 6 Fakta Mengenainya

Baca juga: Ular Sawa 250kg, 100kg ala Anaconda ditemui di Terengganu, berikut 8 fakta berkaitan

“Haiwan peliharaan telah dibantu tetapi bukan hidupan liar, dan kini mereka menderita,” katanya kepada The Star.

Selain itu aktiviti pertanian di sepanjang sungai menghalang haiwan seperti zirafah untuk mendapatkan air minuman.

Ibrahim berkata terdapat keperluan mendesak untuk membuka kawasan supaya hidupan liar boleh mengakses air dengan mudah.

Untuk pengetahuan korang, zirafah adalah spesies terancam diambang kepupusan.

Menurut bancian hidupan liar Kenya pada bulan Ogos, jumlah populasi zirafah yang ada ialah 34,240 ekor.

Jumlah itu terdiri daripada tiga spesies iaitu zirafah Maasai, zirafah retikulasi dan zirafah Nubia.

Kemarau diisytiharkan sebagai bencana negara oleh presiden Kenya Uhuru Kenyatta pada September lalu. Dianggarkan lebih dua juta rakyat Kenya menghadapi risiko kebuluran kerana kemarau sekali gus menjejaskan separuh rakyat negara berkenaan.

Baca juga: [VIDEO] “Keladi Mak Dah Viral..” Pokok Keladi Saiz Gergasi Belakang Rumah Tinggi Dari Bumbung

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang