Trend tube house di Hanoi Vietnam, kediaman yang tinggi dan memanjang

A
A
A

 

KEBANYAKAN pelancong yang datang ke Vietnam pasti tertarik dengan keunikan seni bina rumah bersaiz kecil, sempit, memanjang serta tinggi di bandar-bandar besar seperti Saigon atau Hanoi.

Bangunan yang kelihatan ‘tipis’ ini juga dikenali sebagai rumah tiub atau dalam Bahasa Vietnam, ‘nha ong.’

Ia kebanyakannya banyak ditemui di ibu kota Vietnam yang sibuk.

Trend tube house di Hanoi Vietnam, kediaman yang tinggi dan memanjang

Untuk pengetahuan korang, reka bentuk kediaman diciptakan seperti ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos cukai.

Penduduk disana membahagi tanah menjadi potongan kecil yang panjang untuk membina rumah.

Walaupun banyak bangunan lama digantikan dengan seni bina moden di Hanoi, bandar lama Hoi An masih mengekalkan seni bina turun-temurun ini.

Baca juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

 

Trend tube house di Hanoi Vietnam, kediaman yang tinggi dan memanjang

Kini, dengan pertambahan Old Quarter of Hanoi dan Hoi An, korang akan dapat melihat banyak ‘tube houses’ dibangunkan di bandar-bandar besar kebanyakannya di Ho Chi Minh dan kawasan-kawasan baru di Hanoi.

Biasanya, sebuah rumah tube ini merupakan rumah bagi keluarga yang terdiri daripada empat orang namun ada juga yang ramai.

Rumah tube moden tidak hanya dua tingkat malah boleh menjadi empat ke lima tingkat. Sangat mengagumkan!

Tingkat bawah kebiasaannya digunakan untuk perniagaan ataupun disewa. Oleh itu, ahli keluarga akan duduk di tingkat atas dan seterusnya. Disebakan itulah kebanyakan jalan terdapat kedai di hadapan bangunan ini.

Trend tube house di Hanoi Vietnam, kediaman yang tinggi dan memanjang

 

Baca juga: Gelato paling enak, ketahui 10 jenis aiskrim di seluruh dunia

Jika korang berjalan di sekitar bandar, dari lorong-lorong kecil sehingga ke jalan raya yang sesak, kewujudan rumah rekaan ini ada dimana-mana!

Apa yang menarik adalah ia boleh dijadikan latar yang cantik untuk mengambil foto.

Sumber: Daily Sabah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang