Wanita ditembak bekas suami, tidak boleh terima kisah penceraian jadi ‘viral’ TikTok

A
A
A

KISAH wanita dianiaya sentiasa menjadi perhatian. Terbaru, di Chicago, Amerika Syarikat (AS) seorang wanita ditembak bekas suaminya hanya gara-gara tidak dapat menerima kisah penceraian mereka menjadi ‘viral’ TikTok.

Siapa sangka seorang lelaki sanggup mengambil nyawa wanita yang pernah disayangi dan dicintai?

Hayat seorang wanita, Sania Khan, 29, tamat di tangan bekas suami, Raheel Ahmad, 36, hanya kerana meluahkan perasaan tentang perkahwinannya di TikTok.

Baca juga: Kejam! Ibu, anak 2 tahun disiram air panas gara-gara tolak ajakan rujuk bekas suami

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

“Melalui penceraian, sebagai wanita Asia saya merasakan ia satu kegagalan hidup. Menghadapi 'label' negatif daripada masyarakat, kurang sokongan moral, tekanan orang rapat yang lebih percaya kepada ‘apa orang kata’ membuatkan saya mengasingkan diri.

"Ia menyebabkan wanita sukar meninggalkan perkahwinan yang tidak sepatutnya dimulakan dari awal lagi,” titip Sania yang merupakan jurufoto profesional.

Baca juga: Suami kerap perlekeh badan isteri terlalu gemuk hingga jadi punca penceraian, ini nasihat pakar

Sania yang bercerai dua bulan lalu berkongsi agar wanita lain tidak mengabaikan tanda-tanda amaran ataured flags’ dalam perhubungan.

Perkongsian wanita berketurunan Pakistan-Amerika bagaimanapun dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati pada bekas suami.

Dia ditemui tidak sedarkan diri berhampiran pintu rumahnya. Terdapat kesan luka tembakan pada belakang kepalanya dan disahkan mati di tempat kejadian.

Manakala Raheel pula cuba menamatkan riwayat diri dengan menembak kepala meninggal dunia di Hospital Northwestern, Chicago.

Sebelum itu, Raheel dikatakan hilang dari rumahnya di Atlanta. Keluarganya yang melaporkan kehilangan memberitahu polis bahawa lelaki itu berkemungkinan berada di rumah Sania di Chicago.

Baca juga: Jangan ikutkan hati dan amarah. Ingat, penceraian bukan satu permainan

Keganasan rumah tangga khususnya wanita meningkat secara global semasa pandemik Covid-19.

Di AS, lebih daripada 10 juta orang dewasa terlibat dalam keganasan rumah tangga setiap tahun.

wanita berumur 18 hingga 24 dan 25 hingga 34 paling ramai menjadi mangsa keganasan.

Justeru, wanita, jangan berdiam diri jika diganggu bekas suami. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyarankan laporan polis demi keselamatan diri dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: ABC News, Mirror UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang