KEJAMNYA! Ibu dan anaknya berusia dua tahun menjadi mangsa bekas suami sendiri apabila menolak ajakan rujuk.

Perceraian bukanlah perkara yang diminta atau dicari oleh pasangan yang berkahwin tetapi ia menjadi jalan terakhir sesetengah pasangan yang berhadapan dengan konflik rumah tangga sama ada tiada persefahaman mahupun disebabkan pihak ketiga.

Iddah bagi wanita yang diceraikan adalah selama tempoh tiga kali suci. Justeru, dalam tempoh tiga kali suci tersebut seorang suami itu boleh untuk merujuk semula kepada isterinya yang telah diceraikan.

Baca juga: Suami minta rujuk semula lepas ceraikan isteri talak tiga

Kredit foto: Youtube Pratiwi Noviyanthi

Baca juga: Wanita malang diceraikan selepas video suami cuci pinggan tular

Tetapi jika tiada persetujuan daripada pihak isteri dan hatinya yang sudah tawar usahlah dipaksa. Apatah lagi apabila suami sudah biasa ‘naik tangan’ trauma dari segi psikologi membuatkan si isteri serik untuk bersama kembali.

Dalam satu kejadian di Cikarang, Jawa Barat, Indonesia, siapa sangka seorang lelaki dikenali sebagai Kenji sanggup menyiram bekas isteri, SH, 25, dan anak mereka  berusia 2 tahun dengan air panas mendidih gara-gara menolak ajakan untuk rujuk selepas penceraian.

Lelaki itu dikatakan datang ke rumah mangsa pada jam 3.00 pagi dan menyiram air panas kepada bekas isteri dan anak. ibu mentuanya yang berusia 57 tahun turut menjadi sasaran.

Ketika kejadian, masing-masing sedang tidur di ruang tamu dan tidak sempat melarikan diri. Lebih menyayatkan hati, anaknya sendiri, RS yang berusia dua tahun melecur hampir 100 peratus manakala SH  dan ibunya masing-masing mengalami lecur 80 peratus dan 60 peratus.

Suspek dikenali sebagai Kenji, 26, sedang diburu polis. Kredit foto: Youtube Pratiwi Noviyanthi

Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, peguam jelaskan cara

Menurut mangsa, ibunya turut disiram air panas hingga ke bahagian belakang demi melindungi cucu.

Kredit foto: Youtube Pratiwi Noviyanthi

Warga maya meluahkan simpati dan mendoakan kesembuhan wanita terbabit.

– “Keputusan puan untuk tidak rujuk lagi adalah tepat kerana kalau rujuk pasti akan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.”

– “Pengajaran buat anak muda, pentingnya memilih suami yang baik.”

– “Takutnya sekarang manusia semakin berani. Kenapa kejam macam tu, Allahhuakhbar.”

Iklan

Difahamkan lelaki durjana itu masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa.

@maimunasuyit9 mantan istri di siram air keras.karrna menolak diajak rujuk..lelai bangsat#fyp #videoviral ♬ suara asli – AISYAH

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, mengikut mazhab Al-Syafi’e, rujuk antara pasangan yang bercerai tidak boleh berlaku dengan perbuatan semata-mata sekiranya seorang lelaki itu mampu untuk melafazkan rujuk.

Bahkan ia hanya sah dengan ucapan rujuk dari pihak suami sahaja. Dalam kes-kes pasangan yang bercerai dan ingin rujuk kembali, pasangan dinasihatkan mendaftarkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Setelah mendapat perintah mahkamah, proses rujuk boleh diteruskan dalam tempoh iddah.

Iklan

Baca juga: Rujuk semula, Bella Astillah kini hamil

Sumber: Youtube Pratiwi Noviyanthi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan