10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia
10 perkara penting perlu dibuat segera bila ada ahli keluarga meninggal dunia
SESUNGGUHNYA, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir ALLAH. Ajal maut adalah rahsia Maha Pencipta.
Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan.
Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Dek itulah, kita disuruh untuk sentiasa beramal agar ia boleh dijadikan bekalan di hari perhitungan kelak. Penentu syurga atau neraka yang layak didiami.
Kematian akan menjengah dalam setiap rumah. Seperti dalam keluarga kita sendiri, tiada yang tahu siapa yang akan 'pergi' dahulu.
Sama ada kita, ibu bapa atau adik-beradik kita? Kehilangan orang yang tersayang khususnya ahli keluarga sendiri amat perit untuk ditanggung namun ia perlukan persediaan awal.
Mungkin kita yang akan terkejut dan keliru namun inilah apa yang anda perlu dibuat apabila ada ahli keluarga meninggal dunia. Al-Fatihah.
Berikut merupakan 10 perkara yang anda perlu dititikberatkan dalam mengurus ahli keluarga yang baru sahaja meninggal dunia. Perlu diingatkan bahawa aurat jenazah perlulah dijaga dengan sebaiknya.
1. Tanggalkan bajunya. Susah nak buka kalau sendi dah keras.
2. Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman. Elak keras.
3. Kalau terus nak mandikan, tak payah urut minyak. Susah nak bilas (minyak).
4. Jangan tutup pakai 'kain batik lepas'. Banyak orang buat. Benda tu nipis, nampak lekuk badan wanita.
Baca juga Bercakap ketika azan, lidah akan kelu semasa meninggal dunia? Ini penjelasan mufti
5. Selimut je guna comforter. Pastu bolehlah letak kain batik atas tu.
6. Jangan bagi sesiapa buka muka walau kawan baik (sebelum mandikan). Masa tu aurat mayat terdedah.
7. Buat ikatan guna perca kain kat tiga bahagian sendi utama jenazah.
Bahagian Kepala: Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat kat bawah rahang.
Bahagian Tangan: Lipat seperti tengah solat.
Bahagian Kaki: Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.
8. Kalau yang sakit, jangan buka tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh leher (dialisis), perut dan sebagainya.
- Kalau dibuka masa mandi, plaster semula.
- Ada pengalaman, lepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.
9. Ambil ukuran tinggi dan lebar mayat untuk beri kepada penggali kubur + tukang buat keranda kayu (jika ada).
Baca juga Khairat kematian akibat Covid-19 sebanyak RM1,000, buat warga Selangor
10. Maklumkan Bahagian Khairat Kematian Masjid. Kalau ada bayar Khairat Kematian, mereka buat free (mandi, kafan, kebumi). Kalau tak join, ready duit dalam RM1500.
Pengalaman uruskan jenazah, ada sendi dah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dan lain-lain masa nak mandikan. Ya, tahu tengah sedih, tapi kena urus juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dan lain-lain.
Tak nak orang asing nampak aib arwah mak ayah kita. Urusan jenazah ni berkaitan dengan maruah dan aib. Ia perlu dijaga sebaiknya. Sebab itu kita yang urus jenazah suka kalau waris sendiri yang buat dan kami guide.
*Anak sulung kena lebih bersedia. Anak lelaki sebaiknya tahu solatkan jenazah. Bersedia dari sekarang.
Sumber: Twitter Faisal Rahim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang